PESTA ARAK DI NEGARA ISLAM ? AMANAH SEPI TANDA SETUJU ? infomalay12.blogspot.com

Malaysia negara islam ? Dalam negara islam tidak salah adakan pesta arak ?

Ala hai ! Sejauh ini kita tidak dengar jabatan agama islam bantah, Raja-raja melayupun tak bantah, mufti-muftipun tidak bantah

MALAH

PAN sebuah parti islam sebenarpun diam je, tu lah tanda PESTA ARAK dibolehkan ? Kan ke ini negara majmuk ?

Demokrasi ! ?

Jadi taklah salahnya !?

MERDEKAAAAA !!!!

HIDUP DAP !!!

HIDUP PAN !!!

HIDUP BERSATU !!!

HIDUP PKR !!!

 

Pak Karamu

 

 

Pesta arak: DAP tak hormat sensitiviti umat Islam

Pesta arak
Pesta arak . - Foto star2.com
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA BHARU - DAP jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terus menyokong pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara bulan depan, kata Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Che Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan berkata, penganjuran pesta membabitkan pengambilan alkohol adalah tidak wajar kerana majoriti penduduk di negara ini beragama Islam.

"Bila kita berhujah atas dasar masyarakat majmuk, maknanya setiap rakyat Malaysia ini mesti menghormati agama-agama lain. Islam tak melarang bukan Islam untuk minum arak tapi bila mereka nak buat pesta arak, mereka tak sensitif dengan apa yang dilarang dalam Islam.

"Ini kerana dalam perlembagaan jelas meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dan majoriti penduduk di negara ini adalah Muslim," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sin, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pesta arak tetap diteruskan]

Semalam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim dipetik sebagai berkata Malaysia sebuah negara demokrasi dan semua pihak berhak melakukan apa saja aktiviti selagi tidak menyalahi undang-undang.

Teng turut dilaporkan berkata Pas perlu faham bahawa Malaysia sebuah negara majmuk dan bukan hanya orang Pas sahaja yang tinggal di negara ini.

Berhubung isu itu, Che Abdullah menyelar sikap pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) yang terus mendiamkan diri dalam walaupun mereka sebelum ini melaungkan-laungkan parti itu turut memperjuangkan Islam.

"Tokoh-tokoh 'jihad' dalam Amanah semua diam, bukan sahaja membabitkan isu pesta arak malah dalam semua perkara apabila ia bersangkutan dengan DAP.  Amanah tak boleh berbuat apa-apa kerana takut DAP marah," katanya. - Bernama

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :