Penerbangan MH3 yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke London, selepas juruterbangnya dimaklumkan mengenai kecemasan perubatan dalam pesawat.
PETALING JAYA: Sebuah penerbitan di United Kingdom melaporkan pesawat Malaysia Airlines MH3 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur, terpaksa berpatah balik ke London selepas juruterbangnya dimaklumkan seorang penumpang menelan beberapa keping mata pisau cukur.
Menurut News In Flight, juruterbang terbabit membuat keputusan kembali ke Lapangan Terbang Heathrow, selepas dimaklumkan mengenai kecemasan perubatan dalam pesawat A380 itu yang sedang terbang di ruang udara Jerman, Jumaat lalu.