PENYERTAAN MUHAMMAD KE DALAM UMNO: HANYA MENGARAKKAN KIAMBANG KE TEPIAN infomalay12.blogspot.com


Kalau kelmarin dan semalam warga negara ini marah-marah dan kesal dengan kejadian menimpa Maahad Tahfiz Ittifaqiyah yang terbakar menyebabkan 21 pelajar maut, hari ini giliran warga politik pula marah-marah dan kesal dengan peristiwa hari ini; pengumuman kemasukan semula Muhammad Mohd Taib ke dalam Umno oleh Najib Razak.

Mereka marah dan kesal bukan apa, melainkan kerana gimik sebelum pengumuman itu dibuat berlebih-lebihan sangat. Ia semacam ada perkara besar paha yang hendak diumumkan. Berputar kepala pemain media sosial memikirkan apakah perkara mustahak yang hendak diumumkan Najib. Seluruh MT Umno dipanggil hadir ke pejabat Umno hari ini, dan Ahmad Zahid Hamidi terpaksa memendekkan masa lawatan ke Perlis. Itu memberi gambaran perkara hendak diumumkan Najib itu penting.
Kerana gimik itu orang pening kepala. Para pemerhati politik pula mula membuat berbagai spekulasi, ada yang meramalkan Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen, ada yang meneka Najib akan umum pemecatan Zahid sebagai TPM dan dilantik Hishamuddin Hussein dan macam-macam lagi.
Gara-gara itu orang jadi penasaran dan menanti jam 4:45 petang masa dijanjikan untuk diumumkan kemasukan Muhammad Taib ke dalam Umno. Orang juga pening dan marah apabila siaran langsung pengumuman itu tidak ada.
Saking pening dan resahnya menanti pengumuman itu, alih-alih yang diumumkan ialah kemasukan semula bekas MB Selangor itu ke dalam Umno. Perkara itu bukan sebesar paha tetapi sebesar lengan sahaja.
Bagi pemburu news dan menanti isu besar marah dengan cara Najib buat gimik sidang akhbar itu. Mereka berasakan tidak patut Najib berbuat begitu. Saya sendiri hendak tergelak dengan apa yang berlaku itu. Saya sedikit pun tidak terkejut malahan suka sendiri, mengenangkan gimik itu dan bagaimana orang ramai terpedaya dengan permainan politik Najib.
Berita Muhammad berpatah balik kepada Umno itu bukan besar sangat dari segi value politik negara. Tetapi ia mungkin besar bagi Najib dan Umno yang kini dalam keadaan desperate. Kalau Najib tidak desperate, kenapa sampai harus digimikkan begitu sekali kemasukan Muhammad ke dalam Umno.
Biasalah, penyertaan Muhammad itu menjadi kemarahan setengah pihak. Mereka yang meletakkan kepercayaan kepadanya marah dan kecewa dengan tindakan itu. Namun bagi mereka yang mahir dengan politik, tidak pun berasakan apa-apa. Tahniah kepada Najib kerana berjaya membuat gimik yang mendapat perhatian umum. Jangan lupa selepas ini Najib akan mengulang gimik tolol begitu tetapi membawa natijah besar. Itu taktik Najib dan inilah  kelebihan Umno.
Sebaik kemasukan Muhammad ke dalam Umno itu disahkan, maka beliau mula dicaci dan dihina. Kecaman dilepaskan kepadanya. Biasalah, sama seperti beliau keluar Umno untuk menyertai Pas tahun 2013 dalulu. Orang Umno yang kecewa memaki hamun Muhammad. Segala cerita buruk mengenainya mula melayang-layang dalam media sosial.
Hari ini sekali lagi Muhammad menerima bahana sama. Sekali lagi cerita buruknya akan menular dalam media massa. Kisah dan cerita buruk mengenainya akan bergemercingan sekali lagi.
Tidak terkecuali orang yang memberi ulasan dengan tindakan Muhammad itu ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali parti yang ditinggalkan oleh Muhammad. Komen awal Azmin dengan tindakan bekas MB Selangor itu, dengan menganggap ia sebagai surat khabar buruk sahaja. “Sau Kaw Po Ji” begitulah twiet  Azmin di twiternya disambung dengan ketawa ha ha ha.
Bagi saya tidak patut Azmin mempersendakan Muhammad begitu rendah sekali. Cara Azmin itu macam kebudak-budakan. Kalau pun beliau kesal dengan tindakan Muhammad meninggalkan Keadilan, tetapi beliau tidak mengulas demikian. Cara Azmin itu menggambarkan politiknya belum ranum.
Seperti mana saya janjikan saya hendak ceritakan perihal Muhamad Mohd Taib di sini. Sedikit sebanyak saya dapat berasakan kenapa beliau sampai bertindak demikian. Dalam sidang akhbarnya, beliau menyebut, beliau kesal berada dalam pembangkang selama ini. Muhammad menyertai Pas tahun 2013 dan PKR tahun 2015 selepas keluar daripada Umno. Alasan beliau keluar Umno juga kerana kerajaan Selangor kini tidak menjaga kepentingan Melayu.
Memang Muhammad seorang dikenali sebagai nasionalis tulen. Banyak kepentingan Melayu yang dilakukan selama ini khasnya semasa menjadi MB. Namun saya tidak percaya tindakan berpatah balik ke Umno itu bukan kerana kerajaan Selangor mengabaikan Melayu, tetapi kerana ada elemen lain.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: