Pemimpin PKR tak sehaluan sembang bekas PJ Terengganu infomalay12.blogspot.com


KUALA TERENGGANU - Sikap tidak sehaluan pemimpin-pemimpin PKR berhubung kerjasama dengan Pas memperlihatkan mereka sedang berhadapan masalah sesama sendiri.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Satiful Bahari Mamat berkata, bagi Pas, pihaknya tetap dengan keputusan dibuat Muktamar Pas baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan PKR dan sehingga kini tiada kerjasama politik dibuat dengan mana-mana parti kecuali pihak yang menyertai Pas bersama blok ketiga.
Bagaimanapun katanya, berbeza dengan PKR, isu kerjasama PKR dan Pas dilihat masih belum selesai dalam parti itu apabila beberapa pihak inginkan kerjasama dengan Pas manakala sebahagian yang lain menolak.
“Kita sendiri pun tidak faham kerana sebahagian (pemimpin PKR) ‘pulas telinga’ Pas manakala sebahagian yang lain pula mahukan Pas,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Satiful Bahari Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perbezaan pendapat yang berlanjutan melibatkan kerjasama parti itu dengan Pas sehingga memperlihatkan PKR terbahagi kepada dua kumpulan yang menyokong manakala yang lain menolak.
Terdahulu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama tersebut andainya berlaku, akan tetap berada dalam kerangka komitmen PKR dengan Pakatan Harapan.
Sementara itu, Satiful Bahari yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Terengganu bagaimanapun enggan meramalkan sebarang perubahan pada masa depan khususnya berhubung sebarang perundingan dan kerjasama politik dalam kaedah lain bersama parti itu.
Apa yang jelas katanya, tahalluf siyasi atau kerjasama politik antara kedua-dua parti telah putus walaupun terdapat kaedah lain seperti ‘ta’awun’ atau bantu-membantu yang merupakan salah satu kerjasama antara parti.
“Setakat ini, dari segi kerjasama politik, kita tidak bersama mana-mana pihak...Masih ada kaedah politik seperti ta’awun tetapi sebarang keputusan berhubung perkara itu kita serahkan kepada kepimpinan,” katanya.
Bagaimanapun katanya, Pas mempunyai pengalaman luas dalam bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan mengenal rapat parti-parti dalam komponen PR.
Jelasnya, walaupun masing-masing mengetahui prinsip perjuangan Pas, pendirian Pas dalam beberapa isu tidak dihormati.
“Sebagaimanapun beberapa peristiwa besar seperti PRK Kuala Kangsar dan usaha Pas meminda RUU 355, mereka tentang secara berterusan,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :