Pembantaian etnik Rohingya langgar undang-undang antarabangsa infomalay12.blogspot.com



Presiden AMANAH Mohamad Sabu menyifatkan kekejaman tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya sebagai pelanggaran nilai-nilai kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.
Beliau menegaskan, kebiadaban regim Myanmar perlu diambil tindakan segera oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Mohamad Sabu konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan 2"Ayuh masyarakat antarabangsa, bertindaklah segera untuk selamatkan masyarakat Rohingya yang sedang teraniaya," katanya dalam kenyataan.
Mengulas mengenai laporan terkini mengatakan bahawa ada kumpulan militan Rohingya bertindak menyerang balai-balai polis di Myanmar, beliau berkata pihak pemerintah Burma berhak memerangi dan melawan kumpulan bersenjata.
Namun kata beliau, anehnya yang diperangi adalah rakyat awam mirip kepada penghapusan etnik Rohingya.
"Setiap negara yang berdaulat, merdeka dan mengamalkan demokrasi, maka negara itu adalah negara yang bermaruah dan berintegriti.
"Sebarang usaha untuk menjatuhkan pemerintah berdaulat dengan cara mengangkat senjata perlu ditentang sekeras-kerasnya oleh pemerintah dan rakyat," katanya.

Etnik Rohingya diburu dan dibunuh, rumah-rumah dibakar hangus dan dihalau keluar kampung sehelai sepinggan tanpa perikemanusiaan dan membelakangi undang-undang antarabangsa.
Dilaporkan sudah lebih 80 ribu warga Rohingya menyeberangi sungai, menggadai nyawa ke Bangladesh.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :