Najib semasa Kabinetnya turut bersetuju untuk menolak gesaan Lim Kit Siang yang mahu RCI diadakan.
Bekas perdana menteri itu berkata, Najib semasa dalam Kabinetnya, turut bersetuju untuk menolak gesaan pemimpin pembangkang Lim Kit Siang yang mahu RCI diadakan untuk menyiasat kerugian yang ditanggung BNM akibat dagangan mata wang asing itu.
“Dia (Najib) seharusnya datang ke sini (untuk memberikan keterangan). Dia sepatutnya menjelaskan kenapa tidak bangkitkan isu ini, tetapi hanya bangkitkannya sekarang. Sebaliknya dia kini tersenyum melihat semua ini,” katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman hari ini.
Pada 1993 dan 1994 di Dewan Rakyat, Kit Siang menggesa Dr Mahathir dan jemaah menteri agar mewujudkan RCI namun gesaan ditolak. Najib ketika itu menggalas portfolio pertahanan.
Siasatan RCI urus niaga matawang asing hari ini memasuki hari ke-7 dan masih berbaki 3 hari.
Dr Mahathir berkata, siasatan terhadapnya itu untuk mencipta persepsi beliau seorang kleptokrat.
“Kebanyakan soalan diajukan tidak fokus untuk mencari punca kehilangan wang dari urus niaga matawang asing. Ia hanyalah burukkan imej saya di mata masyarakat bahawa wang RM30 bilion ringgit sudah hilang,” katanya.
RCI ditugaskan untuk mengkaji kerugian yang ditanggung bank pusat akibat dagangan mata wang asing yang mencecah AS$10 bilion (atau RM25 bilion berdasarkan kadar tukaran ketika itu) antara 1991 dan 1993.
Dr Mahathir merupakan saksi ke-24 dalam RCI yang ditugaskan untuk mengkaji kerugian yang ditanggung BNM akibat dagangan mata wang asing yang mencecah AS$10 bilion (atau RM25 bilion berdasarkan kadar tukaran ketika itu) antara 1991 dan 1993.
Beliau menyusuli beberapa saksi lain yang dipanggil seperti bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin; bekas gabenor BNM Tan Sri Ahmad Mohd Don dan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; bekas penasihat BNM Tan Sri Mohamed Yakcop; dan bekas peguam negara Tan Sri Ainum Mohamed Saaid.
Bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu merupakan saksi ke-24. Sebelum ini, beberapa saksi lain sudah dipanggil seperti Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>