Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berikrar untuk mengamalkan pendekatan pro aktif dalam menangani isu-isu penting di negara ini termasuk kematian semasa dalam tahahan.
"Sebagai permulaan, kita telah meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) membuat pengesahsahihan dan bekerjasama dengan kita untuk mengemukakan cadangan-cadangan tertentu mengenai isu ini (kematian semasa dalam tahanan). Kita akan mengkaji cadangan ini.
Bagaimanapun, kita menghadapi kekangan seperti keperluan memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam lokap dan bajet, yang perlu direktifikasi,\" kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran Impact Driven Enterprises Accreditation (IDEA) di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) hari ini.
IDEA dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Ashran Ghazi.