Buat masa ini KPM akan terus mengekalkan sistem UPSR untuk murid tahun 6 di peringkat sekolah rendah di negara ini.
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, UPSR masih relevan dan kementerian masih belum bersedia untuk mengubah sistem UPSR yang sedia ada setakat ini.
“KPM tidak harus tergesa-gesa untuk memansuhkan UPSR kerana perubahan itu memakan masa yang lama dan perlunya perbincangan secara terperinci dengan pelbagai pihak termasuklah murid, ibu bapa, guru-guru dan persatuan-persatuan ibubapa, ahli akademik dan pihak NGO.
“Kami belum bersedia menggantikan suatu dasar atau sistem sedia ada dengan sistem baru yang belum terbukti berkesan secara positif sehingga sesuatu masa yang sesuai,” katanya ketika ditemui selepas membuat tinjuan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya, Kota Kinabalu, sempena hari pertama UPSR, hari ini.
Jumlah Calon UPSR 2017: 443794
Jumlah Pusat Peperiksaan: 8085
Jumlah Petugas: 5136
Sumber: HMetro