Kenyataan JASA buktikan TUBUH RCI FOREX untuk BURUKAN Tun M tapi KECEWA infomalay12.blogspot.com


Kenyataan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) membuktikan telahan rakyat bahawa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) urus niaga mata wang asing (Forex) Bank Negara Malaysia (BNM), semata-mata bertujuan memburukkan imej Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Benarlah seperti telahan rakyat bahawa isu Forex yang dibangkitkan hanya bertujuan memburukkan ayahanda Tun M,” kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Bekas Menteri Besar Kedah itu menempelak dakwaan Ketua Pengarah JASA, Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang berterusan menyalahkan bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu, berhubung kerugian urus niaga Forex sekitar 1990-an.
“Walau Tan Sri Nor Mohamed akui bertanggungjawab diatas kerugian Forex, JASA tetap nak salahkan Tun M,” kata Mukhriz dalam satu kenyataan, hari ini.
Puad mendakwa bahawa bekas penasihat Bank Negara, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop cuba melindungi Dr Mahathir apabila mengaku bertanggungjawab di atas kerugian besar yang dianggarkan berjumlah RM32 juta.
“Dia mengaku bertanggungjawab di atas kerugian besar itu, tetapi menafikan semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara sekitar 1990-an itu ditentukan oleh dia secara bersendirian.
“Maksudnya ada orang lain terlibat. Siapakah orang itu? Yang pasti Nor Yakcop cuba mengelak daripada mengaitkan perdana menteri (Mahathir) dan menteri kewangan (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika itu,” kata Puad.
Nor Mohamed ketika memberi keterangan di hadapan RCI, Rabu lalu, mengaku bertanggungjawab atas kerugian urus niaga mata wang asing negara yang berlaku sekitar tahun 1986 hingga 1993.
Katanya, beliau juga tidak pernah berbincang dengan Menteri Kewangan ketika itu (Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1986 hingga 1993 sebelum diganti Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga 1998) mengenai urus niaga mata wang asing yang dijalankan oleh BNM.
“Saya tidak pada bila-bila masa berbincang dengan Perdana Menteri (ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad) mengenai urus niaga itu antara tahun 1986 hingga 1993,” katanya
Sebelum ini, beberapa pihak menyifatkan penubuhan RCI mengenai Forex itu sebagai landasan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengekalkan kuasanya termasuk membalas dendam terhadap Dr Mahathir, individu yang lantang mengkritik beliau dalam isu penyelewengan dan kehilangan wang 1MDB berjumlah berbilion-bilion ringgit, dan RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya.
1MDB mencetuskan satu skandal paling besar dalam sejarah Malaysia apabila berbilion-bilion ringgit didakwa hilang di tangan pihak tertentu, dan turut dikatakan dicuri serta digunakan untuk membeli pelbagai aset di Amerika Syarikat (AS).
Malah, selepas Dr Mahathir mula mengkritik pentadbiran negara, barulah Najib mahu supaya kerugian Bank Negara 25 tahun lalu disiasat. - ismaweb

Subscribe to receive free email updates: