Kalau Anwar Ibrahim Tahu Mengenai Kehilangan Wang BNM Akibat Perjudian Forex, Mustahil Tun Dr Mahathir Tidak Tahu infomalay12.blogspot.com

TS Ahmad Mohd Don mantan Gobenor Bank negara Malaysia (BNM) hari ini ketawa berdekah-dekah sebelum menjawab bila ditanya oleh TS Saw Choo Boon, Ahli Suruhanjaya Inkuiri Di Raja (RCI) Forex samada  dia bersetuju dengan TS Nor Mohamed Yaakob yang menyatakan pengalaman perjudian forex membantu dalam menyelesaikan krisis ringgit pada tahun 1998.

TS Nor Mohamed Yakcop bukanlah seorang 'rogue dealer'. Istilah "rogue dealer" adalah bermakna seorang 'dealer' atau peniaga saham, bon, komoditi atau matawang yang dimainkan di pasaran atas inisiatifnya sendiri.

Setiap pembelian matawang asing yang di lakukan oleh BNM perlukan pembayaran. Oleh kerana wang yang digunakan untuk pembayaran transaksi-transaksi di bawah kelolaan TS Nor Mohamed Yackob datangnya dari rizab negara, adalah mustahil kebenaran tidak di perolehi terlebih dahulu.

Oleh kerana kerugian yang teramat besar melangkaui suatu tempuh yang panjang, iaitu empat tahun, adalah juga mustahil Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu tidak tahu mengenai perkara ini. Malah, untuk menggunakan wang rizab memerlukan kelulusan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Anwar Ibrahim ketika menjadi saksi hari ini juga todak menafikan beliau mengetahui mengenai kehilangan wang akibat perjudian Forex oleh BNM. Cuma apa yang menjadi pertikaian di antara beliau dan Pengerusi RCI Forex hanyalah jumlah yang dibentangkan ke kabinet. Kalau Anwar Ibrahim tahu, mustahil Tun Dr Mahathir tidak tahu. Kalau Tun Dr Mahathir tahu, bermakna TS Nor Mohamed Yackob telah berbohong kepada RCI Forex semalam.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :