Pengerusi Pakatan Harapan Negeri, Ahmad Faizal Azumu berkata, himpunan kemuncak yang terhasil daripada rentetan beberapa siri himpunan yang dianjurkan di sekitar negeri, sebelum ini itu juga akan dihadiri pimpinan Pakatan Harapan dari seluruh negara.
“Himpunan ini adalah kemuncaknya. Kita nak ajak orang ramai bersama-sama tunjukkan kasih sayang kepada negara. Kerana apa, kerana negara kita kini jadi bahan jenaka di seluruh dunia.
“Perniagaan, ekonomi semakin menguncup gara-gara pemerintah yang telah menyeleweng. Oleh itu, marilah beramai-ramai ke himpunan ini,” katanya.
Ahmad Faizal berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Himpunan Rakyat 1410 yang akan bermula pada jam 4 petang hingga 12 tengah malam.