PAKATAN Harapan dijangka tidak akan menghadapi laluan sukar untuk terus menguasai kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada PRU akan datang.
Bagaimanapun, hasil analisis yang dibuat dalam China Press mendapati walaupun pembangkang mampu terus menguasai kerusi parlimen di kawasan ibu kota, namun pertikaian antara Pas dengan Harapan dijangka sedikit sebanyak akan menjejaskan majoriti undi yang bakal diraih oleh calon-calon Harapan.
Kawasan campuran seperti di Bandar Tun Razak, Batu, Wangsa Maju, Segambut malahan Lembah Pantai yang menjadi kawasan majoriti pengundi Melayu dijangka menjadi sasaran Umno untuk menggempur kawasan ini yang menjadi kubu kuat pembangkang selama ini.
Pada PRU lalu, daripada 11 kerusi parlimen yang dipertandingkan, pembangkang berjaya memenangi sembilan kerusi, masing-masing di Kepong, Cheras, Seputeh, Bukit Bintang, Segambut, Batu, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak. Manakala BN pula hanya memenangi dua kerusi iaitu di Setiawangsa dan Titiwangsa.
Seperti dalam beberapa kali PRU yang diadakan sebelum ini, isu nasional terus menjadi tumpuan warga kota. Isu seperti kes 1MDB, rasuah, GST, kenaikan kos hidup, jenayah dan sebagainya dijangka terus menjadi senjata utama oleh pembangkang untuk menyerang BN pada PRU akan datang.
Related Posts :
Skandal 1MDB: S'pura kenakan lebih banyak larangan kewangan infomalay12.blogspot.com
Bank pusat Singapura berkata pihaknya telah melarang Yeo Jiawei, seorang bekas pengurus bank Switzerland BSI yang terlibat dalam kesalahan… Read More...
[Video BN Tewas Umno Tinggal Sejarah] Setelah berjaya pengaruhi Pass, Umnooo perbudakkan MCA pula. infomalay12.blogspot.comIsnin, 18 Disember 2017
Setelah berjaya pengaruhi PAS, UMNO perbudakkan MCA pula
Nampaknya Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong La… Read More...
Demokrasi di Malaysia hancur, negara diperintah pencuri dan penyamun infomalay12.blogspot.comBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia hari ini sedang berhadapan dengan kehancuran demokrasi, suatu sistem yang d… Read More...
BERBANDING HADI AWANG, LEBIH BAIK PAS BERTERUS-TERANG CALON PM PILIHAN MEREKA IALAH NAJIB infomalay12.blogspot.comWalaupun sudah diperjelas dan dinafi berkali-kali bahawa Lim Kit Siang tidak mahu dan tidak mungkin dapat menjadi Perdana Menteri, Hadi Awan… Read More...
Forex RCI: Mahathir saman Najib, kerajaan infomalay12.blogspot.com
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memfailkan saman pemula terhadap enam anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) me… Read More...