-
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg memberi jaminan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dihalang daripada memasuki negeri itu.
Selain Mahathir, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Dr Hatta Ramli juga boleh berbuat demikian tanpa halangan, katanya.
"Tak ada masalah, mereka bukan pelampau," kata Abang Johari seperti dipetik The Star hari ini.
Mahathir akan memberi ucapan di Sarawak esok dan kehadirannya ke negeri itu merupakan penampilan sulung beliau sejak menjadi pembangkang.
Bekas perdana menteri itu akan hadir pada ceramah HARAPAN dan akan berucap mengenai manifesto pilihan raya yang akan ditawarkan kepada rakyat negeri itu.
Terdahulu hari ini, dua anggota parlimen PKR, Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Hee Loy Sean (Petaling Jaya Selatan) dihalang memasuki Sarawak sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri.
Dalam ucapannya semasa merasmikan bangunan pejabat daerah Bau yang baru, Abang Johari berkata kerajaan negeri hanya akan menghalang mana-mana ahli politik yang dianggap sebagai ancaman daripada memasuki negeri itu.
"Kebebasan bersuara tidak bermakna ia boleh dilakukan dengan mengorbankan rakyat. Saya akan menghalang ahli politik yang mungkin menyebabkan perpecahan di Sarawak, walau apapun yang dikritik," katanya.
Beliau berkata itu adalah sebab mengapa tokoh seperti Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali juga dilarang masuk ke negeri berkenaan.
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Related Posts :
Chong Wei hidap barah hidung peringkat awal - BAM infomalay12.blogspot.com Chong Wei kini mendapatkan rawatan di Taiwan dan memberi maklum balas baik terhadap rawatannya. Beliau kini sedang berehat untuk pulih di… Read More...
Undang-undang anti-liwat ‘benar-benar tak adil’, kata Anwar infomalay12.blogspot.com Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik undang-undang menghukum seks hubungan sejenis, mengatakan ia saki baki era penjajahan British. “Ini bu… Read More...
Mat Sabu Sudah Pandai Beri Rasuah Pilihanraya infomalay12.blogspot.com Upah gantirugi untuk mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson dikatakan mencevah RM25 juta. Hari ini, Menteri Pertahanan mengumumk… Read More...
[Video Akhirnya Zeti Aziz Pecah Rahsia Najib & Mbah Dukun selepas BN tersungkoq PRU14] Keanehan 'memeluk biawak hidup' Mbah dukun & Waduh, bila lebai bersuara? Ini ana fening ni "Kejap tahaluf siyasi kejap kongsi money..kejap..x ngorat?" infomalay12.blogspot.comSabtu, 22 September 2018 Suara Rakyat Suka Halaman Ini · 3 jam · Bila lebai bersuara... Krikk.. Krikk.. K… Read More...
Perdana Menteri @chedetofficial Tidak Kenal Pengerusi SPR Yang Baru? infomalay12.blogspot.com Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. Sem… Read More...