Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung pada masa akan datang akan menyaksikan DAP sebagai parti paling selamat dan selesa berhadapan dengan lawan di kawasan mereka.
Ini kerana menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib, potensi undi orang Cina masih dilihat sebagai penyumbang utama kepada mereka.
"DAP akan menang besar kali ini, sementara PKR akan mati serta ia akan mendorong kepada dominasi mutlak DAP dalam Pakatan.
"PKR akan mati akibat tidak ada jentera kempen menyeluruh. PKR bukan sahaja akan hilang jentera, malahan undi penyokong Pas juga hilang jika bertanding pelbagai penjuru," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Menurutnya lagi, sekiranya Selangor dan Pulau Pinang kekal di tangan Pakatan, beliau juga menjangkakan DAP akan menguasai kerajaan negeri itu secara mutlak, meskipun tanpa PKR dan Amanah.
"Andaian politik memperlihatkan kaum Cina sebagai pengundi mutlak DAP walaupun mereka terdiri dari ahli parti yang lain.
"Kawasan majoriti kaum Cina akan terus dikuasai secara mutlak oleh DAP," ujarnya.
Menurutnya lagi, kerusi yang melibatkan pengundi Cina melebihi 50 peratus dijangka hanya akan melibatkan pertembungan antara calon BN dan DAP, sementara kerusi majoriti Melayu dan campuran akan menyaksikan pertarungan pelbagai parti.
"Pertarungan paling sengit mungkin akan melibatkan kerusi-kerusi di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah serta Johor.
"Paling panas saya jangkakan di Selangor, kerana ianya lebih melibatkan 'gusti' antara Pas dengan parti yang dianggap proksi DAP," katanya lagi.
Related Posts :
(BELIT CAKAP) Mujahit TIDAK Halang Pesta Arak Oktoberfest infomalay12.blogspot.com
MENTERI Wilayah, Khalid Abdul Samad HANYA dinasihatkan supaya memastikan penganjuran pesta Oktoberfest di ibu negara, tidak menjadi masal… Read More...
JANGAN BIARKAN AGENSI BERNAMA ROSAK DI ATAS KETAKSUBAN AGENDA POLITIK infomalay12.blogspot.com
UMNO mempertikaikan pelantikan bekas editor The Rocket milik Dap, Wan Hamidi Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita N… Read More...
JANGAN BIARKAN AGENSI BERNAMA ROSAK DI ATAS KETAKSUBAN AGENDA POLITIK infomalay12.blogspot.com
UMNO mempertikaikan pelantikan bekas editor The Rocket milik Dap, Wan Hamidi Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita N… Read More...
[Video Awak pergi Pasir Mas, sebut nama Ibrahim Ali ada orang menangis] Ish orang tua ni makan apa ni? Bila PU Syed menularkan videonya...Mesyuarat 5 jam sekali pun tak pegi tandas, saya 3 kali! Rozman (MP Labuan) jelas tidak takut atau gentar kepada Presiden Umno & Akan ada ramai lagi selepas ini, nantikan! infomalay12.blogspot.com
… Read More...
[Video Rais Yatim: Pas ni tak faham undang2 ke? Rais, tak payah jual temberanglah-Isa Samad] Kenapa Pas PANAIH PUNGGONG, bila polis nak siasat transaksi RM2.5 juta! Husam minta polis siasat dakwaan 'wang RM90 juta' diterima Pas. infomalay12.blogspot.comKhamis, 11 Oktober 2018
Suara Rakyat
KENAPA PAS GELABAH SANGAT bila Timb. Ketua Polis Negara umum akan siasat transaksi RM2.5 juta Umno… Read More...