-
Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) terkejut dengan keputusan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem untuk tidak merujuk kes melibatkan 3,600 pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang diberhentikan kerja ke Mahkamah Perusahaan.
Presiden Nufam Ismail Nasaruddin berkata beliau hanya mengetahui keputusan Riot dari artikel Malaysiakini minggu lalu.
"Saya terkejut dengan artikel berkenaan kerana tiada surat rasmi (mengenai keputusan ini) telah dihantar kepada mana-mana 3,600 orang yang terlibat.
"Kami telah sahkan dengan kakitangan bahawa tiada maklumat telah diberikan kepada mereka sejak itu," katanya pada sidang akhbar di sekretariat Nufam di Subang Jaya pagi ini.
Nufam sebelum ini berkata Kementerian Sumber Manusia belum memulakan prosiding terhadap bekas kakitangan MAS, termasuk kru kabin, walaupun mereka telah memfailkan kes sejurus selepas diberhentikan pada tahun 2015.
Riot memberitahu Malaysiakini bahawa selepas perbincangan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan dan peguamnya, beliau memutuskan bahawa kes melibatkan bekas pekerja MAS tidak akan dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie