Belum lagi ditayangkan di pawagam, tiga babak intim lakonan Ezzaty Abdullah, 27, dalam filem Kau Takdirku yang akan ditayangkan bermula 7 September ini mula dikecam segelintir netizen di laman sosial sejak semalam.
Tiga babak intim itu menunjukkan Ezzaty dicempung dua kali oleh Remy Ishak dan sekali oleh Bront Palarae di tepi pantai.
Bagi Ezzaty, babak itu relevan dengan cerita dan tuntutan watak.
Katanya, dia hanya menjalankan tanggung jawab berdasarkan tuntutan babak dan watak ketika itu.
“Saya sedia dikecam apabila ditayangkan di pawagam kelak. Kalau kecaman itu dari penonton yang sudah menontonnya, saya terima. Jika sebaliknya, saya enggan ambil tahu sebab mereka tidak menontonnya,” katanya.
Ezzaty juga sedar ada segelintir pihak memang suka menghukum tanpa mengetahui jalan cerita yang sebenar. Waima, filem belum ditayangkan pun, sudah ada yang membuat ulasan pelbagai.
Disebabkan hal itu, isteri pelakon Azwan Kombos, mengambil pendekatan menolak tepi semua komen negatif golongan itu.
Pun begitu, Ezzaty yang sedang mengandung enam bulan akui akan elak melakukan babak serupa pada lakonan akan datang kerana perlu menjaga statusnya sebagai isteri dan ibu.
Selain Ezzaty, Remy dan Bront, filem Kau Takdirku arahan Jason Chong turut menampilkan Aisya Hasnaa, Megan Tan, Kartina Aziz dan Hasnul Rahmat.
Related Posts :
[INFOGRAFIK] Isu perbincangan Perdana Menteri Najib Razak dengan Presiden Donald Trump infomalay12.blogspot.com
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
… Read More...
Rasuah tak meningat, kami yang agresif, kata SPRM infomalay12.blogspot.comPenguatkuasaan agresif menambahkan keyakinan rakyat, kata Dzulkifli Ahmad.
PEKAN: Peningkatan jumlah penahanan dan pendakwaan kes melibatka… Read More...
‘Tangguh kelulusan akta e-hailing sehingga DoJ selesai siasat Uber’ infomalay12.blogspot.comPengasas Big Blue Taxi, Shamsubahrin Ismail berkata, Uber tidak harus dibenarkan beroperasi di Malaysia kerana DoJ sedang menyiasat syarikat… Read More...
Aktivis pelajar akui orang muda sudah muak dengan ahli politik infomalay12.blogspot.com
Mohamad Fadli
| September 21, 2017
Tidak kira sama ada pembangkang atau kerajaan, ahli politik dilihat tidak mementingkan anak muda.… Read More...
KR1M, Felda, peminjam PTPTN lebih perlukan RM60 bilion berbanding Amerika infomalay12.blogspot.com
JOHOR BAHRU, 21 SEPT: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tentang hasrat kerajaan untuk ‘mengukuhkan ekonomi Amerika Syarika… Read More...