Jika anda ke Kelantan, kita akan temui papan tanda di pinggir jalan bertulis 'Bertani satu ibadah' satu slogan yang dipamerkan kerajaan negeri Kelantan.
Negeri tanah rendah sekebun bunga ini agak ramah dengan golongan petani.
Ada yang bersawah, tanam tembakau, kenaf, kebun buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kelangsungan hidup diri dan keluarga masing-masing.

Keramahan dan kesuburan tanah di Kelantan itu juga dilihat memberi inspirasi tersendiri kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri menjadikan sektor pertanian sebagai alat bagi menawan hati masyarakat setempat.
Parti serpihan itu melalui Jawatankuasa AMANAH Agro dilihat komited dan mengambil langkah segera bagi menonjolkan keringat mereka dalam mengajak golongan petani menyertai usaha mereka.
Baru-baru ini, Malaysiakini berkesempatan ke program Kursus Penanaman Pisang yang diadakan di kawasan Pasir Mas.
Pengarah AMANAH Agro yang juga ketua biro pertanian dan hubungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pemuda AMANAH Kelantan, Hishamudin Ghazali mengetuai misi mereka menawan Kelantan dengan tanaman itu dalam usaha membantu masyakat setempat.
Kursus percuma tanam pisang
Menurutnya, mutakhir ini tanaman pisang banyak diserang penyakit menyebabkan ramai petani kerugian.
"Akibatnya banyak kebun pisang terbiar dan menjadi semak samun. Minat untuk menanam pokok pisang menjadi hambar manakala permintaan pisang meningkat sekaligus harga pun mahal.
"Menyedari masalah itu, Amanah Agro sebagai satu NGO yang mempunyai kepakaran dalam perusahan benih pertanian mengambil inisiatif membuat kursus percuma kepada petani yang terlibat dengan penyakit pokok pisang.
"Kita juga memperkenalkan sejenis ubat yang direka oleh usahawan tempatan terbukti berkesan melawan penyakit yang menyerang pokok pisang," katanya yang berjaya mengumpulkan lebih 60 peserta pada kursus tersebut.

Tambahnya, kursus tanaman pisang itu bukan bermaksud mengajar petani menanam pokok pisang semata-mata sebaliknya memberi ilmu pertanian tambahan.
"Antaranya pemilihan anak benih pisang yang betul, kaedah kawalan penyakit, penjagaan dan pembajaan, pasaran dan mutu pisang.
"Melalui sumbangan kecil ini (dapat) menjadi permulaan kepada industri pertanian di Kelantan," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Misteri 6 Jahanam Terungkai infomalay12.blogspot.com
Pemuda pengkaderan DAP rupanya.
… Read More...
[Video Lu letak muka Mahathir la bodoh] MENGAMUK Ape BOSSKUK! Tun M: Budaya Baharu 'Aku curi. Apa nak malu..'! Pelajar UM: Kamu tidak popular Najib, jangan angkuh. infomalay12.blogspot.comSabtu, 23 Mac 2019
Aku curi. Apa nak malu...
Pelajar: Kamu tidak popular Najib, jangan angkuh
Pelajar Universiti Malaya (UM) y… Read More...
[Video UMNO Mesti Kecam Perangai Samseng Lobakman - KJ] Pagi ni Solidariti Kedamaian Sogo - Dataran Merdeka! Mahasiswa tanya mana pergi RM2.6bilion? Tengok apa yang budak tu dapat, DAPAT CEKIK! Errkk errkkk! Maszlee: Universiti medan debat intelektual, bukan untuk samseng. infomalay12.blogspot.comSabtu, 23 Mac 2019
Errkk..Errkk!
Ana Tahu
Najib jumpa mahasiswa, mahasiswa tanya mana pergi RM 2.6 B. Tengok apa yang budak tu dapat. Ini… Read More...
Ahli akademik gesa polis bertindak terhadap pelaku sebenar infomalay12.blogspot.comAhli akademik gesa polis bertindak terhadap pelaku sebenar: Selepas penyokong bekas perdana menteri Najib Razak menyerang pelajar Universiti… Read More...
[Video Pemilik Restoran AMJAL Dakwa Ditipu Penganjur bosskuk] Najib asyik nak glamer dengan bosskuk, bekalan air di kawasan PEKAN KRIITIKAL! T/Kasih Insentif PH yang telah dilaksanakan-BSH, Bantuan Penoreh Getah, Bantuan Vateran Tentera! Pemimpin, penyokong Umno asyik dok MENCARUT, MAKI, LAGAK SAMSENG semedang... infomalay12.blogspot.comSabtu, 23 Mac 2019
Tak Nak BN
Insentif PH yang telah dilaksanakan -Bantuan Sara Hidup yang lebih bersasar. -Bantunan penoreh musim tengku… Read More...