443,793 calon duduki UPSR seluruh negara infomalay12.blogspot.com

Imej via Astro Awani
KOTA KINABALU 11 Sept. - Seramai 443,793 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 di seluruh negara yang bermula pada hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 433,536 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala calon sekolah swasta pula seramai 10,258 orang.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kesemua calon tersebut menduduki peperiksaan UPSR di sebanyak 8,085 pusat peperiksaan yang dibuka melibatkan seramai 51,363 petugas peperiksaan yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan peperiksaan kali ini berjalan lancar.

“Saya gembira dengan persiapan UPSR seluruh dan semoga berjaya untuk semua calon yang menduduki UPSR hari ini sehingga 14 September ini.

“Jawap soalan dengan tenang dan kita mengharapkan tiada perkara tidak diingini berlaku (menimpa calon),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya, di sini hari ini.

Dalam lawatan sempena hari pertama UPSR itu, beliau turut diiringi Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Maimunah Suhaibul dan beberapa pegawai kanan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah. - UTUSAN ONLINE



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :