@TonyPua Dan @TeresaKok Pertikai @IrwanSerigar Pegang 20 Jawatan Pengarah, @cmlimguaneng Pegang 19 Pengarah Apa Cerita? infomalay12.blogspot.com

Dua hari lepas, Free Malaysia Today (FMT), baca di sini, melaporkan dua pemimpin DAP iaitu Ahli Parlimen (MP) Petalin Jaya Utara, Tony Pua dan MP Seputeh, Teresa Kok telah mengkritik DS Dr Irwan Serigar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan yang memegang sekurang-kurangnya 20 jawatan dalam entiti Kerajaan dan Syarikat Milik Kerajaan (GLC).

Tony Pua meminta agar Dr Irwan Serigar supaya mendedahkan jumlah wang yang diterima selaku pengarah di pelbagai agensi. Katanya, jika kedudukannya sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan memerlukan beliau duduk di lembaga GLC, beliau tidak boleh menerima bayaran daripada syarikat terbabit.

Manakala Teresa Kok pula berkata, 
Bagaimana seseorang boleh memegang banyak jawatan pengarah? Menjadi Ketua Setiausaha di kementerian dengan sendiri sudah sibuk. Jadi bagaimana dia boleh memainkan peranan pengarahnya dengan berkesan dalam banyak GLC?
CTS amat bersetuju dengan kedua-dua sarana yang dibuat oleh Teresa Kok dan Tony Pua ini. Walaubagaimanapun, kita berharap mereka turut mempersoalkan 'Big Boss' mereka merangkap Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng yang memegang jawatan sebagai Pengerusi kepada 19 GLC Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Berapa gaji dan elaun yang diterima oleh Joseph Lim Guan Eng? Jadi Ketua Menteri tidak sibukkah sehingga hendak memegang 19 jawatan Pengarah?

Berikut adalah jawatan Pengerusi yang dipegang oleh Lim Guan Eng:

1. Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
2. Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
3. Pengerusi PBA Holding Berhad
4. Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera
5. Pengerusi Invest Penang
6. Pengerusi Penang Global Tourism Sdn Bhd
7. Pengerusi PGC Strategies Sdn Bhd
8. Pengerusi PICEB Sdn Bhd
9. Pengerusi PYDC Strategies Sdn Bhd
10. Pengerusi Lembaga Muzium Negeri
11. Pengerusi Penang Science Cluster
12. Pengerusi Penang Stem Sdn Bhd
13. Pengerusi Penang Future Foundation
14. Pengerusi BPO Premier Sdn Bhd
15. Pengerusi Premier Horizon Ventures Sdn Bhd
16. Pengerusi PDC Telecommunication Services Sdn Bhd
17. Pengerusi George Town World Heritage Incorporated
18. Pengerusi Penang Tecn Centre Bhd
19. Pengerusi Lembaga Pengarah Penang Institute

Cibailah DAP. Kuman seberang laut nampak jelas, bangkai gajah depan mata lagi mau tutup ka?








Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :