Terkini! Hukuman Penjara 18 Bulan @RafiziRamli Dikekalkan! Satu Sudah Kena, Lagi Dua Menanti infomalay12.blogspot.com


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berlangsung sebelum rayuan beliau ke Mahkamah Rayuan didengar dan diputuskan, Rafizi Ramli akan terhadang oleh Perlembagaan Persekutuan daripada menjadi calon pilihanraya berkenaan.

Satu sudah dijatuhkan hukum dan dua lagi menanti bulan ini. Berikut ialah senarai kes-kes Rafizi Ramli minggu ini:
1. Perbicaraan dakwaan memfitnah Tabung Haji (criminal defamation) di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan. Bermula Isnin, 21/08/2017 selama seminggu sehingga Khamis, 24/08/2017.
2. Perbicaraan dakwaan di bawah BAFIA kes National Feedlot Corporation (NFC). Hakim akan memutuskan sama ada Rafizi Ramli akan dipanggil membela diri pada 21/09/2017.

Hebat Pakar Strategik PKR ini kan? Adakah Rafizi Ramli akan melakukan sekali lagi 'hatrick' seperti apa yang beliau lakukan pada tahun 2016?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :