SPRM BELUM PUTUSKAN BEKU ASET MOHD ISA infomalay12.blogspot.com

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum membuat keputusan untuk membekukan aset Tan Sri Mohd Isa Samad berhubung kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Azam Baki berkata, perkara tersebut masih dalam siasatan dan bergantung kepada hasil maklumat.
“Berkenaan aset itu, kita belum tentukan sama ada mahu beku kan atau sebaliknya kerana ia bergantung kepada keterangan yang diperoleh nanti.
  “Saya perlu dapatkan maklumat lanjut dari pegawai penyiasat  yang jalan siasatan dan keputusan akan dibuat selepas perbincangan dijalankan dan kita akan tentukan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah bersama Menteri Besar serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan di Bilik Gerakan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.
Majlis bacaan ikrar tersebut diketuai Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan disaksikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.
Pagi tadi, bekas Pengerusi  Felda Global Ventures Bhd (FGV) itu dibawa ke Mahkamah Majistret  Putrajaya untuk tahanan reman dan SPRM turut menjalankan pemeriksaan di rumah Mohd Isa di Selangor, malam tadi.
“Kita memang membuat pembongkaran dan kita tidak molek untuk kita dedahkan lagi… Setakat ini lebih 40 kenyataan dirakamkan.
“Sata tidak kata dia ambil duit. Jadi jangan buat spekulasi dalam hal ini. Biar kami jalankan siasatan,” katanya.
SPRM kini sedang menyiasat pembelian hartanah oleh FIC di Kensington, London berharga RM330 juta, sedangkan harga pasaran pada masa belian dikatakan lebih murah iaitu RM110 juta.

Subscribe to receive free email updates: