Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga memfailkan permohonan yang sama pada bulan lepas.
"Berikutan itu, hakim Nik Hasmat Nik Mohamad, menetapkan 9 Oktober untuk pengurusan kes," kata Farez.
Pihak-pihak berkenaan sebelum itu telah bertemu dengan Hakim Nik Hasmat di kamarnya.
Pada 14 Julai, peguam Najib, yang diketuai oleh Mohd Hafarizam Harun, memfailkan permohonan perdana menteri untuk membatalkan saman itu dan permohonan menangguhkan prosiding.
Hafarizam kemudian menyatakan bahawa defendan-defendan lain akan memfailkan permohonan yang sama.
Ezam, bekas ketua Pemuda PKR yang kemudian menyertai Umno sebelum meninggalkan parti itu, telah memfailkan samannya terhadap Najib pada 14 April, atas kapasiti sebagai menteri kewangan dan ketua eksekutif kerajaan.
Beliau juga menamakan 15 yang lain sebagai defendan, termasuk Irwan, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy, dua pengarah dan sembilan bekas pengarah 1MDB dan kerajaan.