Apabila undang-undang berpihak kepada pembangkang, gegak gempita pujian mengatakan undang-undang di Malaysia adalah telus dan mahkamah adalah adil.
Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang menghadapi dua tuduhan rasuah, hari ini menyambut dengan riang keputusan Mahkamah Rayuan yang mengatakan bahawa Seksyen 62, Akta SPRM bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.
Lim Guan Eng yang begitu gembira telah membuat 3 poster dengan 3 bahasa seperti di bawah. Maaflah kaum India, tiada Bahasa Tamil dari Lim Guan Eng.
Tahniah Lim Guan Eng, macai-macai penjilat DAP perlu ingat bahawa kemenangan Lim Guan Eng hari ini adalah berkaitan dengan Seksyen 62, Akta SPRM sahaja. Seksyen 62 hanya berkisar tentang "menghendaki seseorang tertuduh memfailkan pembelaannya sebelum perbicaraan sebagai tidak sah dan terbatal."
Perlu diingat kemenangan Lim Guan Eng hari ini tidak ada kaitan secara terus dengan dua pertuduhan rasuah yang sedang dihadapinya. Lim Guan Eng hanya cuba melengahkan dua kes rasuah beliau.
Kita berharap agar Lim Guan Eng tidak terus melenggahkan kes beliau memandangkan beliau dan pembangkang sudah bersetuju bahawa Mahkamah di Malaysia adalah adil dan saksama. Lawan tetap lawan.
Kita berharap agar Lim Guan Eng tidak terus melenggahkan kes beliau memandangkan beliau dan pembangkang sudah bersetuju bahawa Mahkamah di Malaysia adalah adil dan saksama. Lawan tetap lawan.