Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang dikeluarkan menunjukkan jumlah hutang keseluruhan kerajaan persekutuan pada akhir 2016 telah meningkat sekali lagi, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
"Jumlah peningkatan adalah sebanyak RM17.935 bilion berbanding tahun 2015. Ini menunjukkan peningkatan hutang negara bagi lima tahun berturut-turut sejak tahun 2012 hingga tahun 2016," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, kerajaan tidak sewajarnya berbelanja melebihi kemampuan serta keperluan negara, dan perbelanjaan secara boros telah menyebabkan hutang negara semakin bertambah.
"Kerajaan Umno BN sepatutnya lebih berhemat dalam perbelanjaan dan jangan secara berterusan membebankan rakyat negara ini.
"Penjimatan seharusnya dilaksanakan dari segenap sudut pentadbiran negara sama ada di peringkat tertinggi mahupun bawahan terutamanya ketika keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.
"Hutang negara dikatakan berada pada paras kritikal kerana hampir mencecah had siling hutang negara iaitu 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara," katanya.
Bertambah malang, katanya, khususnya generasi muda negara ini terpaksa mewarisi beban yang tinggi ekoran kadar hutang yang tinggi.
Hutang negara, menurut Saifuddin, bukan hal yang utama, tetapi paling penting bagaimana wang negara dibelanjakan oleh kerajaan.
"Isu utama yang membelenggu rakyat pada hari ini ialah permasalahan kos sara hidup, gaji dan lambakan pekerja asing di negara ini berbanding isu-isu skandal negara seperti 1MDB," tegasnya.
"Laporan Ketua Audit Negara saban tahun melaporkan pelbagai jenis pembaziran atas nama projek pembangunan, pembelian aset kerajaan dan sebagainya," katanya.