Kalau mengikut ceramah Parti Chap Bunga Raya, Rakyat Malaysia hidup dalam keadaan tertekan. Ekonomi Malaysia berada di dalam keadaan tidak baik dan berkemungkinan besar Malaysia akan bangkrap. Itu kalau bab hendak mengutuk dan merendahkan Kerajaan. Bila bab hendak mengutip derma lain pula bunyinya.
Bayangkan satu meja RM30,000 dan seorang RM5,000 sekadar untuk makan malam bersama pimpinan tertinggi Parti Chap Bunga Raya? Makan apa sampai RM5,000 seorang? Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang selama ini bertungkus lumus membantu Rakyat dihina, pemimpin yang mengemis duit Rakyat dijunjung.
Kita banyak kali mendengar parti DAP mengadakan raih dana atau 'fund raising'. Namun, jarang sangat kita dengar wang berkenaan digunakan untuk bantu Rakyat miskin. Tidak seperti Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak membantu orang kurang berkemampuan.