Beberapa pimpinan PAS negeri menafikan dakwaan bahawa pihak mereka kini sedang berunding dengan pimpinan pusat untuk negeri masing-masing bekerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Malah, ada pimpinan menyifatkan sebagai mengarut, laporan yang mendakwa PAS negeri berunding bagi membolehkan mereka bekerjasama dengan HARAPAN untuk bertanding satu lawan satu dengan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya l PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, PAS negeri tiada niat dan tidak berhasrat untuk mengadakan rundingan dengan HARAPAN.
"Mengarut. Tiada niat dan hasrat untuk berunding dengan HARAPAN," katanya melalui pesanan WhatsApp kepada Malaysiakini.
Portal The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan, pimpinan PAS di Kelantan, Selangor dan Kedah sedang berunding dengan pusat bagi membenarkan mereka berbincang dengan HARAPAN.
Laporan yang memetik sumber itu menyebut, PAS di tiga negeri berkenaan berhasrat untuk berbincang dengan HARAPAN bagi memastikan parti Islam itu tidak terperangkap dalam pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.
Malah, laporan portal itu turut mendakwa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Shafei Ngah ada berjumpa dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Sepang untuk menyampaikan idea berkenaan.
Selain itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi turut menafikan perkara yang sama dengan mengatakan bahawa pihaknya tidak ada membuat sebarang rundingan.
Malah, Shafie yang juga timbalan speaker DUN Selangor itu juga menafikan laporan berkenaan dengan mempersoalkan dari mana dakwaan itu timbul.
"Tidak (berjumpa dengan Abdul Hadi). Entah dari mana dia dapat cerita saya tak tahu," katanya ringkas.
Pada 2008, PAS, DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>