Malaysiakini memetiknya sebagai berkata beliau mahu melihat semua daerah di negara ini ada pusat Permata, tetapi program pendidikan awal yang dinaunginya itu berdepan kekangan bajet.
Beliau berkata program itu berjaya dan bukannya membazirkan wang.
"Saya pun dapat banyak permohonan supaya adakan pusat Permata Negara tetapi kerana kekangan bajet,” katanya dilaporkan berkata ketika ditanya adakah program itu akan dilanjutkan pada satu majlis dialog semalam.
Rosmah berkata beliau akan meyakinkan suaminya, Najib Razak yang juga menteri kewangan untuk menambah bajet Permata.
Katanya, Permata adalah program yang baik dan dijayakan ramai pihak.
"Bila perdana menteri kat Parlimen cakap Permata, orang kata 'bini dia punyalah tu'. Ia bukan mengenai saya, tapi doktor-doktor, profesor-profesor ini ialah orang yang bekerja sangat bersungguh-sungguh.
"Kalau misalnya dalam Parlimen tu ada sebut Permata, janganlah kita anggap buang duit. Kebanyakan orang belah sana (pembangkang) selalu cakap. Padahal Permata ini baik, elok untuk anak kita,” katanya dilaporkan berkata.