Pemimpin NGO kecam tindakan ‘serang’ forum Nothing to Hide 2.0 infomalay12.blogspot.com

Sambil menyoal punca kepada keganasan seperti yang berlaku hari ini mereka menggesa tindakan tidak bertanggungjawab itu dihentikan.
eric-paulsen
PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin pertubuhan sivil mengutuk keganasan yang dicetuskan pada forum dihadiri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menggambarkannya sebagai “peningkatan keganasan” kebelakangan ini.
“Apakah ini cara mengganggu seorang pemimpin berusia 92 tahun, membaling objek ke arah beliau dan juga (Dr) Siti Hasmah (Mohd Ali), yang berada di pentas,” kata Eric Paulsen, pengarah eksekutif Lawyers for Liberty.
“Apa yang cuba hendak dicapai oleh pihak tidak bertanggunjawab?” kata beliau kepada FMT sambil menambah, pihak berkuasa harus melihat ia sebagai insiden serius dan mengambil tindakan sewajarnya.
Pada pandangan beliau, pihak tidak bertanggungjawab telah melakukan beberapa kesalahan jenayah dan boleh disiasat dan didakwa sebagai kesalahan rusuhan, mengakibatkan kerosakan awam, serangan, cubaan membakar dan pemilikan senjata haram seperti suar.
“Sekiranya ini terjadi pada mana-mana kejadian di mana seorang menteri hadir, saya yakin polis dan peguam negara tidak akan membuang masa untuk turun dengan tegas terhadap pelaku.”
Paulsen berkata persoalan yang lebih besar ialah mengapa peningkatan keganasan seperti ini berlaku sekarang.
“Kepada saya, orang ramai sudah berani kerana pada masa-masa lalu, tindakan keganasan terhadap pemimpin pembangkang atau tindakan provokatif anggota Umno tidak diambil serius.”
Paulsen memetik serangan terhadap pemimpin Amanah, Khalid Samad di Parlimen tahun lepas dan juga taktik menakutkan yang diketuai oleh pemimpin Umno Datuk Jamal Yunos semasa perhimpunan Bersih 2.0.
“Tidak ada tindakan yang sebenar diambil oleh pihak berkuasa dan ini serupa dengan menutup mata, yang menyebabkan keberanian di kalangan mereka yang cuba menimbulkan masalah.”
Sementara itu, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata kejadian itu mengingatkan tingkah laku yang sama berlaku pada pilihan raya umum lalu dan tidak memerlukan seorang bijak pandai untuk menyimpulkan siapa yang menjadi penyebabnya.
“Ini perlu dihentikan, sudah cukup,” kata bekas pengerusi Bersih 2.0 ketika dihubungi sambil menambah, keganasan tidak boleh dilakukan atas apa jua sebab.
Orang ramai, aktivis hak sivil menegaskan harus menolak perbuatan sedemikian sementara para pemimpin harus memisahkan diri daripada dan mengutuk kejadian itu.
“Polis mesti bertindak pantas dan tegas.”
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :