Bernama 14/8/17
m
Barisan Nasional (BN) Selangor perlu mengenal pasti kelemahan parti itu selepas gagal merampas kembali negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau mengakui bahawa antara punca kekalahan BN pada PRU12 adalah akibat kemarahan rakyat terhadap bekas menteri besar Dr Mohamad Khir Toyo dalam isu seperti pencerobohan kuil dan anugerah penyapu kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri.
"Tapi, apabila beliau sudah tidak lagi menjadi menteri besar selepas itu, kenapa kita masih kalah pada PRU13? Saya minta kepada mereka (BN) cari punca kenapa ini berlaku, mesti ada sebab.
"Petaling Jaya Utara ini pun dahulu (Petaling Jaya), BN pegang empat penggal, dan BN kalah pada PRU12, jadi perlu cari punca kekalahannya dan buat post-mortem supaya kita dapat menggunakan pendekatan baharu untuk capai kemenangan semula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, semalam.
Pada PRU12 dan PRU13 DAP mengalahkan BN menerusi calonnya Tony Pua.
Terdahulu, Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung BN, berkata rakyat perlu menyedari bahawa pembangunan dan kemajuan pesat negara hari ini adalah hasil perancangan jelas kerajaan pimpinan BN.
"Jadi, saya nak merayu kepada semua tidak kira bangsa India, Cina dan Melayu merenung kembali siapa kita yang dahulu dan bagaimana kita dapat capai sekarang ini semua," katanya.
Malaysiakini
Related Posts :
MAT SABU-SHAH ALAM:POLITIK BARU YG DICORAKKAN OLEH ANWAR IBRAHIM & USTAZ FADZIL NOOR infomalay12.blogspot.com Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie … Read More...
BERSIH: Mengundi untuk kalahkan penipuan pilihan raya infomalay12.blogspot.com Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini melancarkan kempen terbaru untuk menggesa … Read More...
PRU14: Perak Berada Dalam Tangan PH infomalay12.blogspot.com Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie … Read More...
Tian Chua: Halau Kit Siang perbuatan samseng penyokong Umno, BN infomalay12.blogspot.comNaib presien PKR itu berkata, Umno sepatutnya menggunakan hujah untuk menjawab kritikan pembangkang supaya rakyat boleh membuat penilaian, b… Read More...
PRU14: Kali ini, Najib serang Dr Mahathir di depan belia infomalay12.blogspot.comPerdana menteri berkata, beliau menggunakan pendekatan berbeza dengan melaksanakan dasar lebih terbuka untuk anak muda dan masa depan negara… Read More...