Malaysiakini 16/8/17
Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kepimpinan dari Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, beliau berikrar akan bertindak tegas terhadap mereka yang mengamalkan rasuah.
Mengimbas kembali tempoh ketika itu susulan penahanan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang tertanya-tanya sama ada ini adalah ulangan taktik sebelum pilihan raya.
"Tetapi tidak ada satu 'jerung' yang ditangkap dan dituduh atau dijatuhkan hukuman sepanjang lima tahun pentadbiran Abdullah dan semua 'kilat dan guruh' mengenai pembasmian rasuah berakhir tanpa sebarang hasil," katanya dalam satu kenyataan media.
"Adakah satu lagi sandiwara keadilan yang sama akan berulang menjelang pilihan raya umum ke-14?" soalnya sambil merujuk kepada kes Mohd Isa.
Menurut Lim, pelantikan Mohd Isa sebagai pengerusi Felda dan Felda Global Ventures (FGV) dan sekarang sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjadikan ini satu soalan yang penting.
Pemimpin DAP itu berkata, Mohd Isa sebelum ini telah digantung selama enam tahun dari Umno selepas lembaga disiplin parti mendapati beliau bersalah atas politik wang.
"Adakah Najib melaksanakan tugas tambahan itu dalam kes ini?" soalnya.
Lim juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan alasannya untuk melantik Mohd Isa sebagai pengerusi Felda dan FGV, dan sejak Julai, dan kemudian sebagai pemangku pengerusi SPAD.