Akhirnya terbukti penyokong-penyokong UMNO salah. Mereka mengatakan 'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir tidak mempunyai jasa dari sudut pertahanan negara. Di dalam buku beliau 'Dr Mahathir's Selected Letters To World Leaders' jelas memperincikan bahawa Tun Dr Mahathirlah merupakan tulang belakang dalam pembelian dua buah kapal selam scorpene.
Jangan bagi kredit kepada DS Najib Razak. Bukan beliau yang mengusahakan pembelian scorpene. Sebaliknya Tun Dr Mahathir adalah heronya. DS Najib ibarat lembu punya susu, sapi dapat nama. Saya bantah kredit diberikan kepada DS Najib Tun Razak.
Buku tersebut memperincikan dalam tahun 1998, sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau dan Rocard, Perdana Menteri Perancis telah bertukar 4 pucuk surat.
Hasilnya MAS mendapat hak pendaratan di Paris manakala sebagai balasannya Malaysia terpaksa membeli dua kapal selam buatan Perancis dikenali sebagai scorpene yang hanya akan dihantar ke Malaysia pada tahun 2009.
Walaupun Tun Dr Mahathir bukan lagi di dalam UMNO, janganlah dilupakan peranan beliau dalam pembelian scorpene. Seperti kata orang putih, 'give the credit when its due'. Hidup Tun Dr Mahathir!