Kerjasama dengan PAS hanya jika mereka ikhlas, kata akar umbi PKR infomalay12.blogspot.com

KEPIMPINAN PKR hanya perlu bekerjasama dengan parti Islam PAS sekiranya menunjukkan keikhlasan dalam bekerjasama dengan pembangkang kata pimpinan akar umbi PKR Chee Chu Seng.
Kenyataannya itu timbul selepas peletakan jawatan ketuanya ahli Parlimen PKR Selayang William Leong dua hari lalu.
Leong berkata surat peletakan jawatan itu dihantar kepada pimpinan PKR pada Isnin.
“Saya tidak setuju sekiranya parti meneruskan kerjasama dengan PAS kerana sudah jelas PAS sudah ada urusan dengan Umno,” kata Leong yang juga ahli Majlis Tertinggi PKR kepada The Malaysian Insight.
“Saya sudah jelaskan kenapa saya tidak setuju dengan kerjasama dengan PAS dalam surat peetakan jawatan saya.”
Bagi menunjukkan sokongan terhadap Leong dan pendiriannya, Chee dan 30 ahli PKR lain dan Amanah mengadakan sidang media hari ini.
Walaupun menyatakan sokongan pendirian Leong dan akar umbi, Chee berkata dia bagaimanapun tidak menolak idea kerjasama dengan PAS keseluruhannya.
Katanya, parti itu boleh bekerjasama dengan PAS dengan syarat parti itu mulakan tindakan mahu bekerjasama dengan pembangkang dan ikhlas dalam mengejar agenda yang sama.
Mereka juga mahukan pimpinan PKR untuk menetapkan tarikh akhir dalam memujuk PAS.
“Kami mahu parti berikan bila perbincangan itu akan berakhir. Ia tidak boleh diteruskan selepas itu,” katanya.
Sementara itu, Adun Rawang Gan Pei Nei berkata sukar untuk meletakkan masa untuk perbincangan kerana  ia bukan pebincangan secara terus.
Dia bagaimanapun menghormati dan memahami pendirian Leong berhubung kerjasama dengan PAS.
“Dia mahukan perubahan dan dia mahukan kita semua bersatu tumbangkan Umno dan Barisan Nasional,” kata Gan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :