Kalau Jalan Penyelesaian Kilang Haram Lim Guan Eng Tidak Boleh Fikir, Lebih Baik Saya Jadi Ketua Menteri infomalay12.blogspot.com


Agak dangkal bagi seorang Ketua Menteri mengadakan Sidang Media untuk membincangkan permasalahan negeri yang ditadbir rejim beliau, menyalahkan lawan politik dan meminta jalan penyelesaian dari mereka. Sama ada Joseph Lim Guan Eng seorang yang bermuka tebal ataupun beliau sejenis manusia yang tidak tahu malu.

Apa yang diadu oleh ADUN PKR Penanti, Dr Norlela Ariffin, Rakyat Pulau Pinang dan juga sebahagian besar netizen adalah gesaan supaya Kerajaan Negeri mengambil tindakan ke atas KILANG-KILANG HARAM. Apa yang susah sangat nak faham Tokong?

Kita bukannya suruh robohkan gerai-gerai penjaja yang tidak berdaftar atau Rumah Ibadat Bukan Islam. Gerai-gerai penjaja tidak berdaftar seeloknya Kerajaan Negeri laksanakan pemutihan segera. Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu tidak mengambil tindakan ke atas mereka, malah diberikan lesen untuk berniaga kerana ia adalah sumber pendapatan kepada peniaga-peniaga untuk sara hidup mereka. Mereka bukannya kaya seperti taukeh-taukeh kilang haram. 

Kenapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menyediakan gerai-gerai yang lebih sesuai untuk mereka berniaga? Sejak 2008, berapa banyakkah kompleks gerai penjaja baru (tidak termasuk yang dibaikpulih) yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri?

Bab Rumah Ibadat Bukan Islam, Kerajaan Negeri Pulau Pinang kenalah guna budi bicara untuk selesaikannya. Jika soal pelan bangunan nenjadi permasalahan, takkan itupun perlu menunggu selama 9 tahun untuk menyalahkan Kerajaan BN terdahulu?

Adakah jalan penyelesaian pun BN kena bagi kepada Ketua Menteri kah? Tidak kompetan sangatkah Kerajaan Negeri terutama ADUN dan EXCO beliau sehingga mengemis idea-idea BN? Kalau begitu lebih baik bagi saya saja yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :