Watak kartun Spongebob dan Patrick turut menjadi bahan untuk melahirkan rasa tidak puas hati netizen kepada Malaysia.
PETALING JAYA: Jalur Gemilang Malaysia menjadi “mangsa” ejekan warga Internet Indonesia selepas kejadian bendera mereka dicetak terbalik dalam buku cenderahati Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Suara.com melaporkan warga Internet negara jiran itu melahirkan rasa tidak puas hati dengan memuat naik petikan bergambar watak kartun dan Jalur Gemilang secara terbalik.
Salah satu dialog bergambar memaparkan watak kartun Spongebob Squarepant dan sahabat baiknya, Patrick Star bertekak mengenai kejadian bendera terbalik itu.
Dalam dialog kedua-dua watak itu, Patrick yang memegang watak Malaysia menuduh Spongebob (Indonesia) terlalu banyak cakap, lalu Spongebob mempertahankan dirinya dan menggelar Malaysia “nyet” (monyet).