KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini meminta semua pihak supaya menghormati dan yakin terhadap peranan guru dengan memberikan ‘sedikit kuasa’ kepada mereka bagi menangani isu disiplin dalam kalangan pelajar sekolah.
Setiausaha NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata guru tidak sewenang-wenangnya menghukum pelajar, malahan sekiranya ada pelajar yang didenda dan dihukum, tindakan itu diambil kerana pelajar itu telah melakukan kesalahan seperti bertindak kasar dan memukul guru hingga mampu membawa impak negatif kepada semua pihak terbabit.
“Oleh itu, pihak NUTP menyarankan agar guru-guru yang menjalankan hukuman seperti mendenda murid tidak dijadikan isu sehingga boleh menyebabkan guru berkenaan dibawa atau diheret ke mahkamah seolah-olah guru itu yang bersalah.
“Ini kerana tindakan yang diambil oleh guru adalah bertujuan mendisiplinkan murid dan membentuk mereka menjadi insan yang berintegriti tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata dalam menangani isu disiplin pelajar, semua pihak perlu ‘duduk semeja’ dan mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu ini secara telus.
Menurut Tan, NUTP juga merayu supaya guru-guru yang menjalankan tugas tidak mendapat tekanan daripada pihak luar termasuk Kementerian Pendidikan, polis dan masyarakat sehingga mereka takut untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing sebagai warga pendidik.
Beliau berkata isu disiplin sebenarnya bukan satu masalah baharu kerana ia telah wujud sejak dahulu lagi namun kini masalah itu amat berbeza.
“Ibu bapa dan murid lebih tahu hak masing-masing. Perkara ini bertambah dan menjadi rumit apabila kebelakangan ini beberapa kes disiplin murid dan guru telah dipaparkan dalam media sosial dan ada sesetengah isu sengaja ditularkan oleh ibu bapa atau murid itu sendiri,” katanya.
Menurutnya Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 berkaitan kuasa guru merotan murid telah lama disediakan oleh Kementerian Pendidikan dan semua pihak perlu sedar bahawa tujuan utama pelaksanaan hukuman rotan oleh pengetua dan guru-guru yang diberikan kuasa adalah sebahagian daripada proses pendidikan.
-BERNAMA