Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, reformasi bukan hanya ditujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya mahu intitusi negara dan pentadbiran negara diperintah lebih baik
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan agenda reformasi bukan hanya ditujukan kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya gerakan itu bertujuan menyusun semula institusi dan pentadbiran negara yang lebih baik.
“Najib perlu membuat kajian dulu, baca sejarah lama dan kemudian baru boleh ulas.
“Kami tidak mula reformasi secara spesifik bagi menyasarkan Dr Mahathir sahaja. Ia adalah jelas untuk agenda penyusunan semula institusi dan pentadbiran lebih baik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Reformasi ialah gerakan yang diketuai bekas ketua pembangkang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembaharuan politik dan menyingkirkan Dr Mahathir, susulan pemecatan dramatiknya daripada Kabinet pada September 1998.
Semalam, perdana menteri dilaporkan berkata, sudah tiba masanya bagi pengundi di Permatang Pauh membuat perubahan dengan memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 kerana PKR dilihat gagal membuat perubahan sepanjang berbelas tahun mewakili kawasan itu.
Beliau berkata, parti pembangkang menggerakkan reformasi kira-kira 17 tahun lalu untuk melawan Dr Mahathir, tetapi gerakan itu secara rasmi boleh dikatakan terkubur apabila sasaran mereka membuat pusingan U dan kini bersama mereka.
“Takkan tak boleh buat perubahan di Permatang Pauh sebab reformasi dah tak ada. Reformasi ditubuhkan nak lawan orang yang dikatakan diktator, Mahafiraun, Mahazalim, tetapi orang itu yang didakap pula…dah dakap jadi pengerusi (Pakatan Harapan).
Read More / Baca Lagi >>