FITNAH APA? ZAHID BERI BOLA CHANGGUNG, MAHATHIR TENDANGLAH infomalay12.blogspot.com


Kesilapan moral Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menimbulkan soal keturunan dalam kepimpinan UMNO hingga menjadi bahan lucu dalam Parlimen tidak penting tetapi yang penting sekarang memarakkan “fitnah” Tun Dr.Mahathir untuk menutup blunder Zahid.
“Fitnah” itu telah menimbulkan prasangka buruk antara kepimpinan dan ahli akar umbi yang boleh memecah-belahkan perpaduan UMNO yang seberapa daya telah cuba dibendung oeh Presidennya Datuk Sri Najib.
Semua jentera porpaganda UMNO sekarang dikerahkan untuk menyemarakkan dakwaan Mahathir sebagai”fitnah” dalam mengatakan Zahid meminta pertolongannya untuk menggantikan Najib sebagai Perana Menteri tidak lama selepas Najib melantiknya sebagai timbalan.
Apakah ini benar-benar fitnah?. Cuba diperhatikan dalam persengketaan UMNO dengan Mahathir, Zahid dengan Mahathir nampak seperti ada satu macam persafahaman antara mereka dengan Mahathir tidak pernah menyerang Zahid dan Zahid pula berhati-hati dalam menyerang Mahathir.
Bagaimanapun Zahid barangkali menyedari bahawa sikapnya ini disedari tidak menunjukkan kesetiaan yang cukup dan tidak membantunya ke arah No1 dan beliau memerlukan tindakan lebih berani dan agresif untuk menyerang Mahathir dan seperti kebiasaannya dalam beberapa kes, beliau gone overboard dan kali ini terperangkap dengan keterlanjurannya sendiri.
Mahathir kehilangan satu-satunya orang harapannya dalam UMNO dan Zahid kehilangan kredebiliti di dalam dan di luar parti.
Malangnya media yang lantang kehadapan untuk memulihkan imejnya juga tidak lagi berkredebliti, tidak dibaca dan tidak ditonton oleh ramai orang.
Kesilapan besar bukan fakta IC Mahathir atau Mahathir pecah rahsia Zahid minta pertolongannya untuk jadi PM tetapi Zahid telah memberikan senjata kepada Mahathir dalam keadaan beliau memerlukannya dan lebih buruk lagi mereka yang tampil kehadapan untuk menjalankan gerakan pembersihan fitnah dengan mendakwa Mahathir berbohong terdiri dari hingus politik UMNO.
Budak-budak ini tidak tahu sejarah UMNO. Mahathir membunuh musuh politiknya Musa Hitam yang mahu merebut jawatannnya dengan mendedahkan surat Musa mahu Tengku Razaleigh disingkirkan dari parti dan marahkan Mahathir kerana melantiknya semula sebagai menteri.
Sampai sekarang Musa dan Tengku Razaleigh dalam keadaan mata berpandangan, hati berdendaman.
Mahathir tidak ada kerugian apa-apapun bila dihina sebagai keturunan Keling. Zahid telah memberikan bola changgung (istilah sepak takraw) kepada Tun tepat pada masanya, dia tendanglah. Budak-budak berhingus UMNO sedang mengutip bola.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :