Ahli Parlimen Gelang Patah, Johor dan Penasihat DAP Seumur Hidup, Lim Kit Siang kini adalah pemilih berdaftar di Kawasan Parlimen Tanjong, Pulau Pinang. Dari Selatan berpindah ke Utara. Beralamat di lokaliti Kinta Lane. Alamat rumah kedai siapa yang digunapakai sebagai alamat Lim Kit Siang? Bukankah Lim Kit Siang mempunyai rumah sendiri di Pulau Pinang? Setidak-tidaknya gunalah alamat rumah banglo anaknya, Lim Guan Eng (yang tak ada kolam renag tu). Kenapa alamat kedua-dua rumah berkenaan tidak digunakan?
Mungkinkah Lim Kit Siang akan bertanding semula di Tanjong? Mungkinkah keadaan politik DAP di Pulau Pinang memaksa Lim Kit Siang untuk bertanding di sini? Mungkinkah beliau akan bertanding untuk kerusi DUN Komtar juga sebagai persiapan untuk jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya Lim Guan Eng terpaksa menjadi penghuni Penjara Sungai Buloh kerana bersalah melakukan rasuah?
Apakah nasih ADUN Komtar Ng 'Rottweiler' Wei Aik yang kini menjawat jawatan berkenaan? Pastinya ADUN berkenaan yang sekadar menjadi 'anjing salakan' yang tidak menyerlah akan digantikan pada PRU14. Apakah gantinya nanti adalah Lim Kit Siang? Drama DAP semakin menarik. Dapatkan 'pop corn' anda.