Halia terbaik di Malaysia datangnya dari Bentong. Halia ini dikenali sebagai Halia Bentong atau Bentong Garlic. Malaysia masih mengimport lebih 30,000 metrik ton dan negara hanya mengeluarkan 13,000 metrik ton halia sahaja. Ruang mencari kekayaan baru masih luas.
Tahniah kepada Menteri Pertanian & Asas Tani dan Ahli Parlimen Bentong yang juga merupakan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai yang memperluaskan industri pertanian berasaskan halia ini di Bentong. Struktur muka buni dan tanah yang sesuai memungkinkan industri ini berkembang.
Ini sekaligus dapat menjana ekonomi setempat sekaligus memberi penduduk tempatan peluang pekerjaan untuk mengusahakan industri pertanian berasaskan halia. Dalam masa yang sama kejayaan industri ini di Bentong akan mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import halia sekaligus mengurangkan pengaliran wang keluar.