Hari pertama Inkues Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkaitan perdagangan forex oleh Bank Negara Malaysia (BNM) merumuskan sekurang-kurangnya RM31.5 billion kerugian telah dicatatkan di antara tahun 1991 hingga 1994. Ini dinyatakan sendiri oleh kakitangan BNM sebagai saksi pertama, Abdul Aziz Abdul Manaf.
Dibandingkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM135 billion, jumlah berkenaan adalah sebanyak 22% darioada KDNK. Jumlah RM31.5 billion adalah satu jumlah yang amat tinggi pada tahun 1990an. Berbanding dengan 1MDB, jumlah baki hutang 1MDB adalah RM27 billion dan hanyalah merupakan 2.2% daripada jumlah KDNK sebanyak RM1.32 trillion pada tahun 2016.
Mana logiknya dakwaan pembangkang yang mengatakan Malaysia akan bangkrap dengan hutang 1MDB. RM31.5 billion perdagangan forex adalah hangus dan hilang dan tidak dapat semuka, sedangkan 1MDB masih lagi dalam proses membangunkan aset-asetnya yang sedia ada.
Mengambil contoh Request For Proposal (RFP) untuk Bandar Malaysia sahaja, 1MDB telah menerima bidaan sebanyak RM42 billion. Ini tidak termasuk dengan hartanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang akan dan sedang dibangunkan kelak.
Perbezaan di antara kerugian perniagaan forex pada zaman Tun Dr Mahathir adalah wang sebanyak RM31.5 billion telah hangus dikerjakan oleh Tun Dr Mahathir dan kroninya. 1MDB pula walaupun mempunyai hutang sebanyak RM27 billion, perniagaan aset-aset miliknya sahaja cukup dan mampu untuk menjana keuntungan berpuluh bilion ringgit.