Negeri Kelantan akan menggunakan model yang ditunjukkan Nabi Yusuf alaihissalam dalam mengurus khazanah negeri bila dipilih mentadbir negeri, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa.
Beliau berkata ketelusan dan usaha meningkatkan keupayaan ekonomi rakyat adalah teras utama yang akan digunapakai nanti.

"Sikap tidak peduli terhadap pekerja dan golongan daif yang jadi amalan kerajaan sekarang akan diganti dengan perancangan khas meningkatkan taraf hidup mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menyentuh mengenai guru-guru Yayasan Islam Kelantan dan penerima bantuan ladang rakyat. Beliau berkata penyelesaian dapat dibuat jika kerajaan benar-benar mengambil langkah wajar.
"Isu guru-guru YIK yang tidak dapat diserap ke jawatan tetap telah berlarutan begitu lama.
"Saya sendiri amat faham masalah ini kerana ayah saya mengajar di sekolah YIK dan ramai adik beradik saya bersekolah di situ.
"Sebenarnya jika khazanah hasil negeri diurus dengan betul dan sistem YIK diubahsuai sedikit satu penyelesaian amat mudah dilakukan.
Beliau yang juga Adun Salur enggan mendedahkan semua kaedah mengenai hal itu, berjanji kepada semua guru di YIK mereka akan diserap ke jawatan tetap bila AMANAH mentadbir kelak.
"Kita tak perlu terangkan semua sekarang nanti mereka tiru.
"Tapi kirim salam kepada semua guru YIK kita janji akan selesaikan masalah mereka," katanya.
Berkaitan Ladang Rakyat beliau amat kesal kerana pihak kerajaan seperti tersepit dengan kaedah pembangunan ladang oleh pihak swasta yang berjalan sekarang. "Apabila saya dedahkan semua anak syarikat ladang rakyat kerugian dan ada yang tutup mereka kata saya fitnah.
"Akhirnya seorang Exco kerajaan menjawab Ladang Rakyat rugi kerana saya tak datang mesyuarat.
"Memang betul apabila saya dilantik menjadi ahli lembaga Ladang Rakyat hanya sekali saya hadir.
"Saya ambil pendirian tidak mahu terus duduk di situ kerana perjalanannya terpesong dari rancangan asal.
"Asalnya Ladang Rakyat dirancang untuk dimajukan sendiri oleh pihak kerajaan melaui anak syarikat tetapi apa yang terjadi ialah ia diurus pihak swasta," katanya.
Kini katanya yang mengaut untung adalah pengusaha swasta yang ditaksirkan mengumpul keuntungan tahunan sekurang-kurang RM11 juta.
"Sedangkan apa yang diperolehi kerajaan sekarang hanya RM2 juta setahun.
"Dari hasil ini 4500 peserta ladang Rakyat mendapat imbuhan bulanan RM200.
Jika AMANAH bersama Pakatan Harapan menerajui kerajaan menurutnya, Menteri Besar bahari boleh mengkaji semula perjanjian berat sebelah ini.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
[Video Tun Dr Mahathir, Dr Wan Azizah Doktor Pakar Pulih Ekonomi Bunuh Virus Rasuah Najib Umno!] Mahdzir Khalid-'Guru sokong HARAPAN ibarat nyamuk tepi telinga' ho, ho, hooo RAJA NAMRUD MATI KERANA SEEKOR NYAMUK (masuk ke dalam KEPALA RAJA NAMRUD melalui telinganya…). infomalay12.blogspot.comIsnin, 12 Mac 2018
Jalan atas meja 2. SEKEPING gambar Menteri Pendidikan ...
Utusan Online
'Guru sokong HARAPAN ibarat nyamuk tepi te… Read More...
[Video Kakitangan kjaan akan dpt pembelaan kjaan baru PAKATAN HARAPAN] Salahkah penjawat awam menyokong parti Pembangkang? JANGAN BIMBANG! Penjawat awam dipecat dapat kerja balik jika Pakatan menang, kata TS Muhyiddin Yassin. infomalay12.blogspot.comIsnin, 12 Mac 2018
Pakatan Harapan memutuskan Tun Mahathir Mohamad dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah calon Perdana Menteri dan Timbala… Read More...
[Video DUN Pasir Panjang & PARLIMEN Lumut-PENDEDAHAN SALAH GUNA WANG AWAM Perak!] Siapa ganti Zambry pada PRU14? MB yang dah 'masuk ayor & dah masuk angin'? infomalay12.blogspot.comIsnin, 12 Mac 2018
Pengarah Pilihan Raya AMANAH Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli.
malaysiadateline.com
Siapa ganti Zambry pada PRU14?
Jika… Read More...
Kebetulan-Kebetulan Yang Berlaku Di Sebalik Gambar @cmlimguaneng - DS N Ghanaraja infomalay12.blogspot.com
Sejak semalam media sosial dikejutkan dengan satu gambar yang disebarkan menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dili… Read More...
[Video Parlimen kecoh, Azmin-Najib 'bertelagah'] Masalah air Selangor lebih teruk daripada 1MDB, kata Najib & Isu air: Najib berniat jahat dan gangguan air bukan salah negeri Selangor - MB. infomalay12.blogspot.comIsnin, 12 Mac 2018
IJOK: Pengguna air membabitkan 563,622 akaun di sekitar Lembah Klang perlu menunggu hingga Ahad ini untuk mendapat sem… Read More...