15 daripada 100 graduan negara menganggur infomalay12.blogspot.com



Sejumlah 23% belia yang menganggur di negara ini mempunyai pendidikan tinggi malah yang lebih membimbangkan 15.3% daripada mereka yang berpendidikan tinggi (tertiary education) tidak bekerja atau menganggur.
Pengangguran di kalangan siswazah membimbangkan.Ini bermakna 15 graduan dari 100 graduan yang dilahirkan negara adalah penganggur, kata pengarah strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut Dr Dzulkefly, walaupun kadar pengangguran di negara ini dianggap rendah iaitu 3.1% (atau full employment), pengangguran di kalangan belia telah mencecah 10.57% (sumber Bank Negara Malaysia).
"Ini bermakna belia mengalami tiga kali ganda (pengangguran) melebihi dewasa yang lain. Amat mencemaskan serta membawa kesan sosioekonomi dan gejala yang berat. Tidak perlu saya huraikan," katanya.
Beliau menyorot kembali diskusi 'Bicara Srikandi' oleh Media Oren atas tajuk 'Graduan & Kerjaya' yang disertainya baru-baru ini yang turut menampilkan graduan muda lepasan Universiti Melbourne Australia, Madihah Akmal.
"Saya tekun mengikuti kisah bagaimana Madihah, pastinya bekas pelajar cemerlang yang mendapat biasiswa melanjutkan pelajar telah sangat kecewa setelah menemui kegagalan mendapatkan kerjaya setelah pulang dengan ijazah Ekonomi dari Australia.
"Tidak perlu saya sebutkan kes graduan kejuruteraan dan sains yang hari ini mencuci tandas dan membersih rumah atau berhijrah mencari rezeki ke Australia dan UK untuk buat kerja 'fruit picking' (memetik buah). Tak kurang juga yang hanya jadi juruwang di 7 Eleven atau 99 SpeedMart," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan agar merancak industri hiliran di negara ini bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya para graduan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :