Tanya apa sahaja di forum ‘Nothing to Hide 2.0’, kata Dr M infomalay12.blogspot.com

Pengerusi PH memanjangkan undangan kepada saingnya dalam BN, Datuk Seri Najib Razak.
mahathir_nothing_600
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke perbincangan tentang bagaimana beliau memperkayakan anak-anaknya, serta bagaimana RM2.6 bilion boleh berada dalam akaun peribadi Najib.
Dr Mahathir berkata beliau dan Najib terlepas peluang membincangkan perkara itu di forum “Nothing to Hide” 2015, yang dibatalkan polis kerana sebab keselamatan.
“Kami boleh jawab semua dakwaan yang dibuat terhadap saya. Saya rasa ini platform terbaik untuk memberitahu perkara sebenar,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpina Perdana hari ini.
“Najib juga perlu hadir, dan jawab soalan atau lempar dakwaan terhadap saya.
“Jangan jadi macam forum ‘Nothing to Hide’, apabila dia tak hadir kononnya sebab tunjuk perasaan, tetapi sebenarnya tidak ada pun.”
Forum “Nothing to Hide 2.0” dijadualkan pada 13 Ogos di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.
Beliau juga berkata mereka tidak perlu bimbang mengenai campurtangan polis sekiranya Najib menghadiri forum itu, memandangkan beliau seorang perdana menteri.
Forum pertama kali diumumkan Pemuda PPBM pada 11 Jun, sebagai saluran untuk Dr Mahathir menjelaskan isu yang dibangkitkan pihak tertentu, termasuk dakwaan mengenai kemewahan keluarganya.
Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi moderator, sementara soalan yang akan diajukan daripada media dan orang ramai, bagi memastikan keadilan dan ketelusan.
“Kita boleh bercakap mengenai sama ada saya curi wang, atau Najib. Kita beri dia peluang untuk bersihkan namanya yang telah dicemari di seluruh dunia,” kata Dr Mahathir.
“Kita akan siarkan forum itu ke seluruh dunia. Semua orang boleh tonton dan dengar. Saya mahu tanya mengenai kegagalan pentadbirannya, dan beberapa perkara lain yang menarik perhatian masyarakat.”
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :