Tanjong Karang - Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar mengingatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melupakan hasrat bertanding di Parlimen Pekan, sebaliknya mengajak Timbalan Presiden PKR itu bertanding di Parlimen Tanjong Karang pada PRU14.
Noh berkata, sebagai menteri besar, Mohamed Azmin layak untuk bertanding di mana-mana Parlimen atau Dun di Selangor.
"Saya jemput dia datang (bertanding) di (Parlimen) Tanjong Karang. Tak payah kacau (Parlimen) Pekan sebab beliau Menteri Besar Selangor jadi bertandinglah di Selangor.
"Kalau tak ada tempat nak bertanding, datanglah ke Tanjong Karang...selamat datang menteri besar," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Wad 2 Hospital Tanjong Karang di sini, selepas sebuah kipas berdiri di wad itu terbakar, jam 7 pagi, kelmarin.
Noh memberitahu, beliau bersedia untuk menentang Mohamed Azmin sekiranya pemimpin itu memilih kerusi Parlimen Tanjong Karang pada PRU14.
"(Mohamed) Azmin jangan pening-pening kepala nak bertanding ke Pekan, datang ke Tanjong Karang lebih baik," katanya.
Mohamed Azmin sebelum ini dengan nada sinis berkata, beliau hanya berminat dengan kerusi Parlimen Pekan yang kini disandang Datuk Seri Najib Razak, jika mahu bertanding dalam PRU14.
Mohamed Azmin dilaporkan tidak berminat dengan kerusi Parlimen Ampang seperti yang diperkatakan sebelum ini.
Sumber
Related Posts :
[Video KP Bomba cerita detik-detik kecoh di hadapan kuil] Mangsa serangan perusuh kuil-Adib dalam keadaan kritikal & Mengapa perlu desak Waytha Morthy letak jawatan? Memegang Portfolio Perpaduan gagal 'performed'. infomalay12.blogspot.comSelasa, 27 November 2018
Otai BERSIH
Keadaan terkini Muhammad Adib Mohd Kassim, Anggota bomba yang menjadi mangsa serangan perusuh di tapa… Read More...
Timb IGP: Jumlah polis, FRU 'lebih 2 kali ganda' malam ini infomalay12.blogspot.comTimb IGP: Jumlah polis, FRU 'lebih 2 kali ganda' malam ini: Hanya mereka yang pergi ke kawasan kuil atas tujuan keagamaan akan dibenarkan ma… Read More...
[Video Awak cakap senang, tapi tak semudah begitu & Dia pergi sana untuk selamatkan nyawa tapi harini] 1,400 anggota FRU dan polis trafik akan berkawal di kuil malam ini & Pekerja syarikat pemaju antara 19 direman. infomalay12.blogspot.comSelasa, 27 November 2018
Otai BERSIH
Kepada pengguna Lebuhraya LDP dari Puchong menghala USJ/Hicom/Shah Alam, laluan berhampiran Kuil US… Read More...
Mufti Perlis Gesa TANGKAP Menteri, Moorthy cetus ketegangan (Serang bomba, perbuatan melampau) infomalay12.blogspot.com
Ta'if, ARAB SAUDI 27 Nov. - Perbuatan menyerang anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Suba… Read More...
[Video Waytha, Kula akan jumpa Dr M selesai isu kuil] PM: Perusuh, dalang rusuhan kuil akan terima hukuman tegas. infomalay12.blogspot.comSelasa,27 November 2018
PM: Perusuh, dalang rusuhan kuil akan terima hukuman tegas
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaska… Read More...