“Pulangkan iPhone 6 adik saya,” demikian gesaan seorang penduduk Kampung Pontian, di sini, terhadap individu yang mengambil telefon bimbit itu ketika adiknya sedang berurusan di sebuah bank, di sini, Khamis lalu.
Mohd Noor Ab Ghani, 33, berkata, kejadian itu berlaku amat pantas sekitar jam 10 malam ketika adiknya, Umar Fadzlee Ab Ghani, 19, tertinggal telefon bimbitnya itu di mesin ATM selepas mengeluarkan wang dan mahu berurusan di mesin deposit tunai yang hanya selang dua mesin sahaja.
Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank itu, suspek yang berada di belakang adiknya tidak mengeluarkan wang sebaliknya mengambil kesempatan dengan mengambil telefon bimbit yang tertinggal dan terus beredar.
“Kita boleh tengok dengan jelas rakaman CCTV suspek melakukan perbuatan itu dan saya minta dia pulangkan balik telefon.
“Kami dah buat laporan polis, rakaman CCTV juga dah diambil jadi bukti, sebabkan perkara macam ni banyak urusan tergendala,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Noor berkata, berdasarkan isyarat ditunjukkan dalam laman sesawang Apple, telefon bimbit itu dikesan berada di Jeti Bandar Lama Kuala Rompin dan kemudian bergerak ke Taman Exora berhampiran Kampung Sepakat.
“iPhone 6 itu adik saya dah sekat melalui mode kecurian, jadi ia tak boleh digunakan dan lebih baik pulangkan saja kepada pemiliknya,” katanya.
Related Posts :
[Video Ku Nan: Kepada guru, sila..sila masuk Umno. tulong, tulong saya!] Adakah ini sesuatu yang pelik dan luar biasa? UMNO KIAN CACA-MARBA infomalay12.blogspot.comSelasa, 3 Oktober 2017
UMNO KIAN CACA-MARBA
Semalam UMNO berbangga mengumumkan ia sudah berjaya melangkah hingga ke negara China.
Wakil … Read More...
Rafizi mahu PM bentang kertas putih pembelian pesawat MAB infomalay12.blogspot.comRafizi tidak menghalang sebarang pelan perniagaan MAB, namun beliau bimbang kerana dana besar itu wang rakyat.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi R… Read More...
[Video Husam: Fastaqim Tumbangkan UmnoBN, Bukan Bantu Kekalkannya] Nik Abduh usahlah mabuk daripada kekandamu, bekas ahli yang ‘meninggal’ Pas. infomalay12.blogspot.comSelasa, 3 Oktober 2017
Nik Abduh usahlah mabuk
Mabuk ada macam-macam, selain mabuk hakiki ada mabuk majazi. Adinda Nik Abduh Nik Abdul Azi… Read More...
Mereka ini sanggup tinggalkan nikmat hidup yang selesa demi membantu pelarian Rohingya infomalay12.blogspot.com3/10/17
Pengungsi Rohingya. (Foto: Getty Images)
COX’S BAZAR – Pengungsi Rohingya kini memang menjadi sorotan masyarakat dun… Read More...
[Video 188 Laporan Polis, Boy Iman Dicekup] 'Ada orang PAS kafirkan ibu bapa mereka'. infomalay12.blogspot.comSelasa, 3 Oktober 2017
Didakwa menipu, Boy Iman dicekup polis
Polis menahan pelakon Datuk Boy Iman bagi membantu siasatan berhubung penip… Read More...