RAMAI TIDAK YAKIN MAJLIS KEPIMPINAN PAKATAN HARAPAN infomalay12.blogspot.com

Rakyat akan tunggu dan lihat dahulu - Pas
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Ramai pengundi akan melihat dan menunggu dahulu bagi memastikan gandingan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar bermuafakat menjelang PRU14.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebahagian besar rakyat akan menilai perkara itu dahulu.

Menurutnya, ini kerana sebahagian besar rakyat masih kurang yakin dengan gandingan dua pemimpin itu.
“Bagaimanapun, gandingan ini mungkin boleh diterima dengan tiga faktor.

“Iaitu, sejauh mana mereka boleh menarik pengundi khususnya orang Melayu, sejauh mana parti Amanah dan Bersatu yang belum pernah terlibat dalam PRU boleh menyumbangkan sesuatu untuk pakatan dan sejauh mana gandingan ini mampu memberikan kerjasama yang baik,”katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tentang logo pakatan yang baharu kerana menganggap ramai pengundi daripada parti komponen Pakatan Harapan itu sendiri lebih sinonim dengan logo parti masing-masing yang asal.

“Ini adalah sentimen kecintaan terhadap logo parti yang menebal. Wujudnya logo baharu ini menyebabkan rasa kehilangan terhadap logo yang awal,” katanya.

Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum. Pengerusi pula adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Manakala, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu adalah timbalan presiden. Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub menjadi naib presiden.
 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :