Ini kerana menurut, Penganalisis Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik, undi daripada golongan wanita merupakan antara penentu kepada kemenangan parti politik dalam pilihan raya nanti.
"Jadi kalau Pakatan Harapan hendak lakukan adalah tsunami wanita sebenarnya," katanya ketika Wacana Sinar Harian Siri 48 bertajuk Pakatan Harapan vs Barisan Nasional, Mari Kita Nilai yang berlangsung di Dewan Karangkraf, hari ini.
Justeru, Maszlee melontarkan cadangan agar Pakatan Harapan memainkan isu berkaitan wanita bagi memikat hati mereka.
"Kalau mereka hendak mainkan isu, adalah isu yang berkaitan wanita mereka kerana mereka yang masak dan mereka lebih terkesan tentang harga-harga barang dan sebagainya," katanya.
Dalam pada itu, menurutnya lagi, Pakatan Harapan juga tidak boleh memisahkan antara pengundi bandar dan kampung.
"Kita kena ingat masyarakat bandar ia berhubung dengan masyarakat kampung, kerana mereka berasal dari kampung kebanyakkan, dan mereka akan pulang ke kampung ketika hari raya dan ketika itulah hubungan idea berlaku dan ia memberi kesan sebenarnya," katanya.