Mahathir memberikan analogi itu apabila ditanya mengenai dakwaan bahawa BERSATU memonopoli jawatan tertinggi dalam HARAPAN.
Ditanya mengenai jawatan yang sedang diintai BERSATU, Mahathir bagaimanapun enggan mendedahkannya.
"Ini adalah perkara dalaman, kita akan bincang, kemudian kita akan buat keputusan," katanya.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menafikan bahawa parti itu memonopoli jawatan tertinggi dalam HARAPAN dan menegaskan bahawa semua parti dalam gabungan itu mempunyai kedudukan yang sama.
"Seorang atau dua yang dinamakan itu tidak bermaksud monopoli, tidak ada satu pihak boleh memonopoli kerana kita mengamalkan dasar-dasar yang saksama, jadi tanggapan itu bagi saya tidak betullah," kata Muhyiddin kepada wartawan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bulan lalu menolak kemungkinan pemimpin BERSATU akan mengisi jawatan pengerusi dan presiden HARAPAN, dengan menyatakan ia merupakan monopoli dalam gabungan itu.
Pakar strategi BERSATU Rais Hussin Mohamed Ariff kemudian menjelaskan bahawa parti itu hanya mencadangkan Mahathir sebagai pengerusi dan tidak ada elemen monopoli.