Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali telah menggunakan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk menyindir Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebook beliau seperti di bawah.
Terdahulu, dua Pertanyaan Jawab Lisan MP Gombak di dalam Dewan Rakyat mengenai 1MDB telah ditolak menggunakan Peraturan Mesyuarat yang sedia ada oleh Setiausaha Dewan Rakyat.
Di dalam laman sosial Facebook, MP Gombak berkenaan menulis,
Dua soalan saya terhadap Perdana Menteri mengenai 1MDB ditolak pada sidang Dewan Rakyat kali ini. Alasannya isu ini sedang dibicarakan dalam mahkamah dan menimbulkan rasa sakit hati. Rupanya PM sakit hati dengan soalan 1MDB.
Adalah tidak adil menggunakan bahasa undang-undang di dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang telah digazetkan. Peraturan Mesyuarat PM 23 (1)(c) dan PM 23 (1)(g) seperti dalam 'Sebab Ditolak' dalam dua surat berkenaan bukan ditulis oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.
MP Gombak tahu perkara itu. Saya juga tahu perkara itu. Cuma macai-macai 'Top Dog" sahaja yang akan mengiyakan apa yang Azmin Ali kata. Sebab apa? Sebab IQ mereka hanya 41.