Vokalis kumpulan May iaitu Mus berada dalam keadaan koma dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam panas sejak tiga hari lalu.
Isterinya yang dikenali sebagai Sue memberitahu, suaminya itu diletakkan dalam keadaan koma oleh doktor ekoran situasi diri dia yang terlalu lemah selain bagi membolehkan keadaannya stabil.
"Buat masa sekarang Abang Mus masih berada di zon kritikal HKL, sementara menanti untuk dipindahkan ke wad ICU (Unit Rawatan Rapi).
"Doktor sudah menjalankan beberapa ujian bagi mengenal pasti keadaannya dan keputusan hanya akan diketahui esok (Selasa)," katanya.
Dalam pada itu, Sue berkata, keadaan Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49, bertambah teruk pada petang Isnin akibat demam berkenaan.
"Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital," ujarnya.
Ditanya punca Mus mengalami sakit, Sue memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik sebelum ini namun dia mungkin keletihan.
"Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapnya tiada yang serius," jelasnya yang mengharap doa semua pihak terhadap Mus.
Related Posts :
TOMMY THOMAS SILA LETAK JAWATAN, INKUES ADIB BUKTI TINDAKAN MEMUALKAN infomalay12.blogspot.com
‘Enough Is Enough!’ Keputusan Mahkamah Koroner hari ini menjadikan tindakan Peguam Negara yang cuba campurtangan, mempengaruhi proses,… Read More...
TOMMY THOMAS SILA LETAK JAWATAN, INKUES ADIB BUKTI TINDAKAN MEMUALKAN infomalay12.blogspot.com
‘Enough Is Enough!’ Keputusan Mahkamah Koroner hari ini menjadikan tindakan Peguam Negara yang cuba campurtangan, mempengaruhi proses,… Read More...
MUAFAKAT NASIONAL MAMPU MARA KE HADAPAN GANTIKAN PAKATAN HARAPAN infomalay12.blogspot.com
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah percaya Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS bersama rakan- rakan parti lain ak… Read More...
Dua sekolah dapat “memo”, langgar peraturan pendidikan infomalay12.blogspot.com
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) memberi peringatan tegas kepada pentadbir dua sekolah kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pendid… Read More...
Menteri tegur kain rentang sekolah tidak guna Bahasa Melayu infomalay12.blogspot.com
IPOH - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini memberi teguran kepada sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung kerana tidak menggunakan… Read More...